Friday, April 19, 2013

i-Great Iqra (Tabungan Takaful Untuk Anak Anda)


Merancang Hari Ini Untuk Esok (Khas untuk anak-anak anda). Pakej pelaburan i-Great Iqra (takaful untuk anak) ini khas untuk anak anda bagi mempersiapkan diri mereka apabila bakal melanjutkan pelajaran dimana-mana institusi pelajaran yang akan mereka pilih. Malah kami akan memberikan hadiah yang lumayan kepada anak-anak anda jika mereka cemerlang didalam peperiksaan utama yang mereka hadapi iaitu UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM.
Apakah iGreat Iqra Merupakan Takaful Untuk Anak Anda?
Pelan Pelaburan Takaful Untuk Anak Anda
Melalui iGreat Iqra, dengan pelaburan sebanyak RM100 sebulan, caruman anda itu akan terus meningkat dan apabila anak anda bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke IPT, anda boleh mengeluarkan kesemua pelaburan anda itu untuk pendidikan mereka. Semestinya keuntungan pelaburan ini akan terus dimasukkan kedalam akaun anak anda itu dan caruman serta keuntungan pelaburan anda itu akan meningkat dari masa kesemasa.
Perlindungan untuk Anak Kesayangan Anda
Dengan pelan takaful untuk anak ini, orang yang anda sayangi akan dilindungi daripada musibah yang tidak dijangka-jangka. Ini bermakna pelaburan ini bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan kepada anda, ia juga memberikan perlindungan yang terbaik untuk mereka.
Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan  dan jumlah pelaburan akan terus diberikan kepada anda. Perlindungan kewangan juga akan diberikan sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD) @ lumpuh.
Ganjaran untuk Prestasi Anak Anda
Insentif berbentuk wang tunai juga turut diberikan dari pelan takaful untuk anak anda ini. Sekiranya anak anda berjaya meraih keputusan peperiksaan yang cemerlang, kami akan memberikan “reward” tambahan kepada anak anda tanpa menyentuh pelaburan anda itu.

Dengan ganjaran seperti ini, anak anda akan terus merasakan bahawa dirinya dihargai dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat reward yang seterusnya dari kami. Bayangkan impak positif yang akan dirasai oleh anda apabila anda membuat pelaburan takaful untuk anak anda ini.

Apakah Perlindungan Tambahan Dari Takaful Untuk Anak Ini?
i-Contributor Benefit Plus Rider
Melalui rider i-Contributor Plus ini, pelaburan dan perlindungan untuk anak anda akan terus meningkat dan diteruskan sekiranya berlaku musibah kepada anda seperti kematian, lumpuh kekal @ dijangkiti penyakit kritikal. Kami sedar bahawa apabila anda ditimpa  kecelakaan seperti yang tersebut, anda sudah tentu tidak mampu lagi untuk membayar caruman bulanan untuk anak anda itu.
Namun dengan rider ini, anda tidak perlu lagi risau jika apa-apa musibah menimpa diri anda kerana kami akan menanggung babanan anda itu untuk meringankan beban anda serta memastikan pelaburan untuk pengajian anak anda tidak terjejas.

i-Critical Illness Benefit Rider
Manakala melalui pelan takaful untuk andak anda ini, kami juga menyediakan rider yang dapat memberikan pampasan tambahan kepada anda sekeluarga sekiranya anak anda pula ditimpa musibah dari penyakit kritikal.

i-Early Payout Critical Care Rider
Malah dengan pelan takaful untuk andak anda ini juga, kami akan memberikan pampasan kepada anak anda di peringkat diagnosis lagi. Ini bermakna, anda dapat merawat penyakit kritikal yang menimpa diri anak anda diperingkat awal lagi ataupun diperingkat stage 1 lagi. Perlindungan seperti ini hanya ada pada Great Eastern Takaful sahaja.
Pilihan Pelaburan Takaful Untuk Anak Anda

1. Dana i-Mekar
Dana ini adalah dana yang paling aggresif dan menguntungkan. Dana dimana 80% sehingga 100% daripada pelaburan adalah dalam ekuiti dimana pasaran ekuiti mungkin mudah ubah dalam jangka masa pendek. Ia juga sedikit berisiko berbanding dengan dana-dana yang lain kerana pelaburan ini dibuat diatas ekuiti yang sentiasa berubah-ubah.

2. Dana i-Majmuk
Ia adalah dana bercampur dan dianggap sebagai dana yang sederhana. Dana yang dilaburkan dalam campuran ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Terdapat flesibiliti dalam peruntukan aset memandangkan dana ini boleh dilaburkan hanya dalam sekuriti pendapatan tetap @ ekuiti.

3. Dana i-Makmur
Ia adalah dana yang paling selamat dilaburkan tetapi menghasilkan pulangan yang paling minimum berbanding dengan kedua-dua dana diatas. Dana yang dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, contohnya bon kerajaan dan korporat (kadar dari 40% hingga 95%) dengan baki dilaburkan dalam tunai dan sekuriti tunai lain.

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

No comments: