Friday, April 19, 2013

Fahami apakah plan insuran atau takaful yang anda pilih

Assalamualaikum..kali ni saya nk share dari blog www.takafulge.wordpress.com berkenaan fahami apakah plan insuran atau takaful yang anda pilih.


Kebanyakan orang tak ambil kisah perkara ini, asalkan bagi mereka cukup sekadar ada polisi atau certificate  Insuran atau Takaful itu dah kira bagus. Masalah yang berlaku adalah apabila hendak melakukan tuntutan. Pada waktu itu kita gagal mendapatkan sebarang pampasan. Mulalah si waris mengamuk angin satu badan. Ini di sebabkan oleh salah faham berkenaan dengan plan yang si mati ambil.

Berikut adalah contoh tuntutan yang tidak dapat dilakukan sama sekali. Cuba anda teliti gambar ini.


Jika di lihat pada pampasan kematian (akibat kemalangan ) sehingga RM300,000. Ramai yang berpendapat adanya plan seperti ini jika berlaku kematian waris akan dapat RM300,000.

Jawapannya YA akan dapat jika kematian disebabkan dengan kemalangan. Tetapi jika selain daripada itu sebarang pampasan tidak akan di perolehi. Sila lihat sijil kematian  di bawah ini.


Oleh itu anda kena fahami apakah sebenarnya manfaat yang anda ambil. Jangan terpengaruh semata-mata dengan bayaran yang murah dengan perlindungan yang besar.

Saya berharap perkongsian ini dapat membuka mata anda. Terima kasih.

Untuk keterangan berkenaan plan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, Anda boleh menghubungi saya sallyna 0123224767

Great Eastern Takaful....Life is Great!!


No comments: