Monday, June 10, 2013

Apa itu Insuran Apa itu Takaful?

Assalamualaikum..antara insuran dan takaful? apa perbedaannya? penting sangat ke nk tau? macam sama je...aku rasa masih ramai lagi yang berfikiran macam ni. so arini saya nk share sedikit apa itu insuran dan apa itu takaful

beza yang utama ialah niat lah.

Dalam insuran kte beli, cover untuk diri kita sahaja tapi takaful berbeza. Dalam takaful, kita sumbangkan duit dlm fund dan niat ialah untuk menolong orang lain  yang sama-sama contribute dlm fund ni. xberapa paham? ok ni contoh senarionya.. siti dan laila membeli kereta dan memiliki takaful. Dan nak dijadikan cerita laila accident. Laila  akan dapat duit dari fund tadi which is duit siti dan orang lain yg contribute to the fund. macam tu la lebih kurang ringkasannya.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang
polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.


Jadual berikut adalah beberapa perbezaan antara insurans dan takaful
INSURANSTAKAFUL
Kontrak Jual BeliKontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Peserta membayar premium kepada syarikat insuransPeserta membuat caruman ke dalam takaful. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim takaful.
Syarikat insurans bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnyaSyarikat Takaful bertindak sebagai pemegang amanah dan membayar manfaat  daripada kumpulan wang peserta
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahPelaburan kumpulan wang Takaful hanya dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah
Wang peserta dianggap wang syarikat insurans dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh peserta.Wang peserta tidak dikira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh syarikat
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari lebihan untungLebihan untung dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada peserta

Dengan penggunaan derma ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur riba’ gharar dan maisir
Jadual in di petik dari sumber : http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2011/12/19/beza-takaful-dan-insurans/

Great Eastern Takaful....Life is Great!!