Siapa saya?



assalam semua...perkenalkan diri saya Sallyna binti Ammad Yakob. Dilahirkan pada tahun 1985 dan kini berusia 28 tahun...pergh..28 tahun sudah..di lahirkan dihospital banting dan dibesarkan di klang. Belajar di sekolah rendah convent klang, sek men. convent klang dan sekolah teknik cheras KL. Then further study di Kolej Uniti jurusan Diploma Kejuruteraan Multimedia. Alhamdulillah berkat usaha belajar, sambung pula di UPM Serdang dalam jurusan Ijazah sarjana muda Multimedia.


Dari kecil sehinggalah dewasa ini, belum pernah lagi merasa suasana balik kampung..rumah diklang, rumah nenek pon di klang.Ingatkan masa kawin suatu hari nanti nak cari orang jauh...tp hehe..nk buat cmno jodoh pon rupenye orang dekat-dekat je orang wangsamaju je..



hasil perkenalan 7 tahun berakhir di jinjang pelamin pada 11 Jun 2010. Alhamdulillah..mula la kehidupan sebagai suami isteri


Bermula kerjaya sebagai seorang designer di syarikat lescopaque. Company sgt best. sgt fun walaupon kadang2 ada crush time. semua muda. semua lebih kurang sebaya sahaja. Gambar ini bersama teman rapat yang bekerja di lcp. waktu ni director Zaid kawin tema bollywood.memang grand abis,. manyak syok..Gambar ini diambil 6 tahun yang lepas. Sayang saya terpaksa berhenti kerja dari sini sebab pindah rumah ke semenyih. Jauh untuk berulang alik dari semenyih ke shah alam. Jumpa lagi diluar sana kawan-kawan T_T



Next, Alhamdulillah rezeki, my second company @ Pernec Corp. Inilah barisan2 kuat dalam project FDS. Project PNB(Permodalan Nasional Berhad). Di sini saya bekerja sebagai Programmer. Ptut ramai lg..tp xjumpa plak gmbar ramai2 tu..nti check blik gmbar2 lain. project paling tough, paling lama. 2 tahun xsiap2 lg system. Punya lah payah nak setel project tu...  kol 4,5 pagi baru balik rumah..sib baik waktu ni belum ada anak lagi dan nasib baik suami sangat memahami pekerjaan saya nih.

 Selepas kelahiran nur faiqa syuhada saya decide untuk keluar dari company ini. 2 Tahun menimba ilmu di Pernec Corp. kini untuk saya melangkah keluar mencari pekerjaan yang saya idam2kan. Saya nak jadi User. xmau jadi developer dah  ~_~' yes!!

     anak kesayangan mama ^_^                            gambar faiqa tido(berkerut dia sbb kene flash..hehehe)

Lagipun tak mampu dah tinggalkan sicomel ni lama2 dengan pengasuh. Thats it! I need to move out.  Tata kawan2. Jumpa lagi, selepas ini kita jumpa diluar bangunan menara PNB pula ^_^-

Next, cita2 saya untuk menjadi user tercapai. Alhamdulillah rezeki selepas melahirkan nur faiqa syuhada agaknya. My 3rd Company - Ambank. Bekerja sebagai System Analyst(Naik satu lagi level). Bos sangat baik. Suka belanja makan. Mr. Sivam antara bos kegemaran saya. sangat friendly. banyak knowledge. Dia adalah bos yang bukan bossy2 punya type. kawan-kawan pon baik.. I luv u guys.  hurm..xbanyak cerita diambank sebab pegi kerja balik kerja..so xde banyak masa nak hangout ngn kawan-kawan ambank tp still contact through fb. Semua orang tertanya-tanya kenapa saya keluar dari ambank jika semuanya bagus. Memang bagus semua bagus benefit bagus..tapi saya sendiri..saya sendiri masih belum jumpa apa yang saya nak. Yes saya nak kerja sebagai user dan saya dah dapat dari ambank..xpela biarkanla..soalan tu bergantung.. saya malas nk terangkan..ok next..

   Antara gift yang masih saya simpan ^_^                   waktu ni  faiqa berusia 9-10 bulan ^_^

Next company ini kelakar. macam xpercaya. Dulu semasa zaman U, DI asrama saya, kalau tingkat paling atas bleh nampak klcc. Saya selalu berhajat dan berdoa" ya Allah moga2 suatu hari nanti aku dapat bekerja di klcc. Aku nk jadi consultant macam sedara aku" macam tu la doanya lebih kurang. saya ada sedara yang bekerja sebagai consultant.saya sangat kagum dengan dia. seawal usia 28 tahun dah jadi Manager ^_^. Siapa sangka selepas 9 tahun, doa tu Allah perkenankan..macam xpercaya. Terima kasih Allah walaupun aku bukan staff petronas, tapi Allah tunaikan permintaan untuk berkerja di KLCC dan bekerja sebagai Consultant IT.


 Company ke-empat saya bekerja di The eCeos. Company kecik je. Company bumiputera. Disini saya bekerja sebagai Consultant IT. Dan saya kagum dengan company ni. Bosnya masih muda tapi sudah mampu menjadi vendor pada petronas. Bukan calang-calang company yang boleh menjadi vendor petronas. Gambar ini diambil semasa dinner company. Saya banyak belajar disini. Separuh staff dalam company ini adalah foreigner. Lidah jawa nak kene speaking memang berbelit2 lah.. tp bekerja disini membuatkan saya lebih berani untuk berbahasa inggeris. Mana taknya dalam 1 project saya dan seorang foreigner dari negara Mouricius. berbelit-belit nak cakap. Macam ayam cakap ngn itik.hehe..Tapi lama kelamaan ok sket la..heheh...second project pon sama ade 3 org je melayu yang lain dari India, Cambodia. huh..berbuih2 la ckp..Alhamdulillah project close.Gembira, nikmat penat lelah bekerja...heheh...ok post sket gmbr tmpt saya selalu termenung klo xdok idea nk solve problem..hehe..

cantikkan..view dari tingkat 65 - tower 2 klcc

faiqa dah berusia 2 tahun(tetibe menyelit gambar sikecik nih)

Namun di company ini pon saya belum menemui feel yang saya cari itu..saya dah jadi consultant gaji pon boleh tahan..saya dah dpt pekerjaan yang membolehkan saya pinjam loan dengan bank dengan senang...hehehe..tapi saya rasa ini bukan apa yang saya cari. 

Sehinggalah saya berjumpa dengan jiran saya kak hanim. Pada awalnya saya nak beli insuran untuk diri dan anak. Mengenangkan Insuran ni dah jadi satu keperluan dan bukan satu kehendak. Saya perlu ada personal insuran walaupun company sudah menyediakan insuran. Kesedaran ini timbul dah lama dah semasa husband masuk wad akibat masalah usus dan makan beribu2 duit nak setelkan bilnya..sampai peningla kepala nk setelkan credit card. terus saya berfikir saya perlu ambil takaful insuran.

 Dipendekkan cerita..borak punya borak dia pon ajak buat part time. Bila difikirkan balik dia kerja ikut dan dia je. sukati dia ble dia nk keluar rumah. Gaji pon besar baru tiga tahun dah pakai bmw, yang penting dia ada masa untuk melayan si kecil. Baru saya teringat saya blik kerja lewat selalu penat jmpe anak waktu malam itu pon lebih kurang 2,3 jam lepas tu anak dah tidur, weekend masih bekerja, bz dengan dunia,dunia dan dunia. mujurla saya dapat suami yang memahami.

 ok xpe..saya nekad saya perlu keluar dari kepompong saya ni. Saya nk jadi bos. Saya nk flexible time.  Saya nak ada masa untuk dunia dan untuk akhirat juga. Saya nak duit hasil titik peluh sendiri tanpa disekat. sekiranya saya kerja lebih saya nak duit lebih tu. Saya nak bebas.ok Dats it!! saya bernekad utk ubah haluan saya.


Next, Ini pekerjaan saya yang baru. Bermula pada tahun lepas sebagai Takaful consultant. Iya, saya tahu saya masih baru dalam bidang ini. Namun dengan minat yang mendalam saya akan berusaha bersungguh-sungguh. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. In shaa Allah. Untuk menjadi Agen takaful ini bukan susah, dan untuk menjadi agen takaful yang commit bukan senang. Tanggungjawab yang berat perlu saya pikul, semasa client dalam keadaan susah dan menjadi kewajipan saya untuk menyebarkan dan create awareness kepada semua orang tentang manfaat takaful dan kepentingan takaful. 

Ini adalah apa yang saya cari. saya mahukan kebebasan. saya mahukan gaji yang besar. saya mahukan masa untuk bersama anak dan suami. saya mahu berjaya di dunia dan di akhirat. In shaa allah. Pekerjaan yang membantu orang dan membantu meningkatkan ekonomi islam adalah satu pekerjaan yang mulia. Janji Allah, kejar Akhirat dan dunia akan kejar kita. Berkat kita membantu orang lain dengan iklas allah akan bagi ganjaran berlebih-lebihan.

Di bawah ini adalah kenangan hasil usaha saya bekerja bersungguh-sungguh. 
Alhamdulillah ini antara award yang saya dapat semasa berada di Dunia takaful.

saya 3 dari kiri.

Ticket dinner bersama Great Eastern for top agent qualified ^_^



Walaupun xsebesar mana. For new comer, ia memberi motivasi serta semangat untuk saya berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang baru yang saya ceburi ini. Sedikit sebanyak cerita mengenai saya. Kepada semua client saya terima kasih saya ucapkan kerana mempercayai saya sebagai agen anda. In shaa allah saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan memberi khidmat yang terbaik untuk anda semua.


Ini adalah tulang belakang saya. Tanpa mereka saya tak mungkin sampai ke tahap saya sekarang.

















No comments: