Monday, April 22, 2013

Percaya dan anda tidak akan menyesal


Katakan setiap bulan anda menyimpan dalam bank/ASB 200.

Pada hujung tahun, total accumulated rm2400++( including interest)(0.3% if in saving account 3% if in fix deposit, 7% if in ASB). Assume saving tu constantly sehingga 5 tahun. Total up rm12,000++

Nk di tragik kan cerita, tiba-tiba anda dpt berita anda didapati positif cancer which is need rm50,000 for the treatment cost.nauzibillaminzalik jauhkan lah..ni contoh ye contoh..
Ok..Syukur alhamdulillah sib baik ade saving tadi. tapi saving tadi cume ade rm12,000 and anda still need RM38,000

Ok..kat sini you have 3 options to fund the balance:-

1st – Pinjam
Family and fwens will try their best to help you. Tapi untuk pinjam rm38,000 tu macam impossible unless anda mempunyai family dan kawan yang sangat kaya.

2nd –Jual semua Asset
Anda mungkin ada 1 or 2 assets which can be sold. But it takes at least 6 months untuk jual rumah. Contohnya if asset anda still under bank’s loan, anda tidak boleh menjualnya.

3rd –Cari untuk menderma
Anda lihat di kaca television, people seek donation for themselves or their kids. Perlukan duit untuk surgery atau treatment. Jika anda tidak berkemampuan atau sangat miskin then barulah boleh masuk dlm tv. Tapi jika anda, anda dan anda income earner like executive in one big company, anda tidak akan dapat pertolongan dari rancangan-rancangan tv berunsurkan donation sebab ramai lagi diluar sana yang lebih memerlukan,

Menyimpan bersama Great Eastern

Every month anda menyimpan rm200
End of the year, total accumulated rm2400++(including interest)(8%-9% takaful link plan)
In case something bad happen to you  nauzubillaminzalik jauhkan la ye..ini katakana je tau, death or total permanent disable, sum assured rm100,000 akan diberikan kepada pewaris atau kepada anda.
(walaupun anda baru sahaja bayar insuran hanya sebulan which is rm200)
Up to 5 tahun, Total rm12,000++
Nk di tragik kan cerita macam tadi, tiba-tiba anda dapat berita anda didapati positif cancer which is need rm50,000 for the treatment cost.  Now medical card akan cover semua cost anda. Ya betul tu semua. Hebatkan! huh lega x dengar? Limit rm720,000 per life time(room rm150)
Plus, Rm50,000* pays at the early stages of various critical illnesses starts paying in stages between 25 per cent and 50 per cent from stage one to stage two depending on the 36 critical illness.

Tambah lagi, Jika anda dimasukkan ke dalam hospital anda akan diberikan up to rm200 per day as hospital benefits.

Jika anda tidak mampu untuk bekerja dan tiada duit untuk membayar premium anda, Great Eastern takaful akan membayarnya. Dan hasilnya anda masih lagi terima protection dan simpanan akan tetap bertambahn sehingga umur 80
*bergantung kepada plan yang anda ambil 

Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh watsapp 0123224767-sallyna
in shaa allah saya akan membantu selagi saya mampu :) keputusan di tangan anda. Take ur step!


Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Friday, April 19, 2013

Fahami apakah plan insuran atau takaful yang anda pilih

Assalamualaikum..kali ni saya nk share dari blog www.takafulge.wordpress.com berkenaan fahami apakah plan insuran atau takaful yang anda pilih.


Kebanyakan orang tak ambil kisah perkara ini, asalkan bagi mereka cukup sekadar ada polisi atau certificate  Insuran atau Takaful itu dah kira bagus. Masalah yang berlaku adalah apabila hendak melakukan tuntutan. Pada waktu itu kita gagal mendapatkan sebarang pampasan. Mulalah si waris mengamuk angin satu badan. Ini di sebabkan oleh salah faham berkenaan dengan plan yang si mati ambil.

Berikut adalah contoh tuntutan yang tidak dapat dilakukan sama sekali. Cuba anda teliti gambar ini.


Jika di lihat pada pampasan kematian (akibat kemalangan ) sehingga RM300,000. Ramai yang berpendapat adanya plan seperti ini jika berlaku kematian waris akan dapat RM300,000.

Jawapannya YA akan dapat jika kematian disebabkan dengan kemalangan. Tetapi jika selain daripada itu sebarang pampasan tidak akan di perolehi. Sila lihat sijil kematian  di bawah ini.


Oleh itu anda kena fahami apakah sebenarnya manfaat yang anda ambil. Jangan terpengaruh semata-mata dengan bayaran yang murah dengan perlindungan yang besar.

Saya berharap perkongsian ini dapat membuka mata anda. Terima kasih.

Untuk keterangan berkenaan plan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, Anda boleh menghubungi saya sallyna 0123224767

Great Eastern Takaful....Life is Great!!


i-Great Iqra (Tabungan Takaful Untuk Anak Anda)


Merancang Hari Ini Untuk Esok (Khas untuk anak-anak anda). Pakej pelaburan i-Great Iqra (takaful untuk anak) ini khas untuk anak anda bagi mempersiapkan diri mereka apabila bakal melanjutkan pelajaran dimana-mana institusi pelajaran yang akan mereka pilih. Malah kami akan memberikan hadiah yang lumayan kepada anak-anak anda jika mereka cemerlang didalam peperiksaan utama yang mereka hadapi iaitu UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM.
Apakah iGreat Iqra Merupakan Takaful Untuk Anak Anda?
Pelan Pelaburan Takaful Untuk Anak Anda
Melalui iGreat Iqra, dengan pelaburan sebanyak RM100 sebulan, caruman anda itu akan terus meningkat dan apabila anak anda bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke IPT, anda boleh mengeluarkan kesemua pelaburan anda itu untuk pendidikan mereka. Semestinya keuntungan pelaburan ini akan terus dimasukkan kedalam akaun anak anda itu dan caruman serta keuntungan pelaburan anda itu akan meningkat dari masa kesemasa.
Perlindungan untuk Anak Kesayangan Anda
Dengan pelan takaful untuk anak ini, orang yang anda sayangi akan dilindungi daripada musibah yang tidak dijangka-jangka. Ini bermakna pelaburan ini bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan kepada anda, ia juga memberikan perlindungan yang terbaik untuk mereka.
Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan  dan jumlah pelaburan akan terus diberikan kepada anda. Perlindungan kewangan juga akan diberikan sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD) @ lumpuh.
Ganjaran untuk Prestasi Anak Anda
Insentif berbentuk wang tunai juga turut diberikan dari pelan takaful untuk anak anda ini. Sekiranya anak anda berjaya meraih keputusan peperiksaan yang cemerlang, kami akan memberikan “reward” tambahan kepada anak anda tanpa menyentuh pelaburan anda itu.

Dengan ganjaran seperti ini, anak anda akan terus merasakan bahawa dirinya dihargai dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat reward yang seterusnya dari kami. Bayangkan impak positif yang akan dirasai oleh anda apabila anda membuat pelaburan takaful untuk anak anda ini.

Apakah Perlindungan Tambahan Dari Takaful Untuk Anak Ini?
i-Contributor Benefit Plus Rider
Melalui rider i-Contributor Plus ini, pelaburan dan perlindungan untuk anak anda akan terus meningkat dan diteruskan sekiranya berlaku musibah kepada anda seperti kematian, lumpuh kekal @ dijangkiti penyakit kritikal. Kami sedar bahawa apabila anda ditimpa  kecelakaan seperti yang tersebut, anda sudah tentu tidak mampu lagi untuk membayar caruman bulanan untuk anak anda itu.
Namun dengan rider ini, anda tidak perlu lagi risau jika apa-apa musibah menimpa diri anda kerana kami akan menanggung babanan anda itu untuk meringankan beban anda serta memastikan pelaburan untuk pengajian anak anda tidak terjejas.

i-Critical Illness Benefit Rider
Manakala melalui pelan takaful untuk andak anda ini, kami juga menyediakan rider yang dapat memberikan pampasan tambahan kepada anda sekeluarga sekiranya anak anda pula ditimpa musibah dari penyakit kritikal.

i-Early Payout Critical Care Rider
Malah dengan pelan takaful untuk andak anda ini juga, kami akan memberikan pampasan kepada anak anda di peringkat diagnosis lagi. Ini bermakna, anda dapat merawat penyakit kritikal yang menimpa diri anak anda diperingkat awal lagi ataupun diperingkat stage 1 lagi. Perlindungan seperti ini hanya ada pada Great Eastern Takaful sahaja.
Pilihan Pelaburan Takaful Untuk Anak Anda

1. Dana i-Mekar
Dana ini adalah dana yang paling aggresif dan menguntungkan. Dana dimana 80% sehingga 100% daripada pelaburan adalah dalam ekuiti dimana pasaran ekuiti mungkin mudah ubah dalam jangka masa pendek. Ia juga sedikit berisiko berbanding dengan dana-dana yang lain kerana pelaburan ini dibuat diatas ekuiti yang sentiasa berubah-ubah.

2. Dana i-Majmuk
Ia adalah dana bercampur dan dianggap sebagai dana yang sederhana. Dana yang dilaburkan dalam campuran ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Terdapat flesibiliti dalam peruntukan aset memandangkan dana ini boleh dilaburkan hanya dalam sekuriti pendapatan tetap @ ekuiti.

3. Dana i-Makmur
Ia adalah dana yang paling selamat dilaburkan tetapi menghasilkan pulangan yang paling minimum berbanding dengan kedua-dua dana diatas. Dana yang dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, contohnya bon kerajaan dan korporat (kadar dari 40% hingga 95%) dengan baki dilaburkan dalam tunai dan sekuriti tunai lain.

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

i-Great Abadi (Pelaburan Terbaik Anda)

Perlindungan yang membina kekayaan anda untukgenerasi masa depan.
Dengan pelaburan terbaik bersama kami, pelaburan anda dijamin selamat. walaupun anda ditimpa musibah dikemudian hari portfolio ini sememangnya direka untuk menjana kemewahan dimana i-Great Abadi memperuntukkan kadar caruman yang tinggi iaitu sebanyak 95% kepada pelaburan dari tahun pertama sijil dan seterusnya. Kemudian, pada setiap tahun ke-3, anda akan menerima tambahan 2%. Peningkatan peruntukan ke dalam akaun pelaburan anda.

Bagaimana pelaburan terbaik ini beroperasi untuk anda?

Maknanya:
Tahun pertama dan ke-2, kadar peruntukan caruman adalah 95%.
Namun pada tahun ke-3, kadar peruntukan carumah adalah 97%.
Pada tahun ke-4 dan ke-5, kadar peruntukan caruman adalah 95%.
Namun pada tahun ke-6, kadar peruntukan caruman adalah 97%. Bagitulah seterusnya.

Anda boleh menambah nilai pelaburan anda bila-bila masa yang anda inginkan.

Terdapat 3 Dana yang boleh anda pilih untuk portfolio pelaburan terbaik ini.

1.Dana i-Mekar
Dana ini adalah dana yang paling aggresif dan menguntungkan. Dana dimana 80% sehingga 100% daripada pelaburan adalah dalam ekuiti dimana pasaran ekuiti mungkin mudah ubah dalam jangka masa pendek. Ia juga sedikit berisiko berbanding dengan dana-dana yang lain kerana pelaburan ini di buat diatas ekuiti yang sentiasa berubah-ubah

2. Dana i-Majmuk
Ia adalah dana bercampur dan dianggap sebagai dana yang sederhana. Dana yang dilaburkan dalm campuran ekuiti. Sekuriti pendapatan tetap dan instrumen pasaran wang. Terdapat fleksibiliti dalam peruntukan aset memandangkan dana ini boleh dilaburkan hanya dalam sekuriti pendapatan tetap @ ekuiti.

3. Dana i-Makmur
Ia adalah dana yang paling selamat dilaburkan tetapi menghasilkan pulangan yang paling minimum berbanding kedua-dua dana diatas. Dana yang dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, contohnya bon kerajaan dan korporat(kadar dari 40% hingga 95%)  dengan baki dilaburkan dalam tunai dan sekuriti tunai lain.
Minimum umur untuk menyertai portfolio ini adalah 1 bulan manakala maksimum umur adalah 70 tahun. Namun pelaburan terbaik ini boleh disertai sehingga umur anda memcecah 99 tahun.
Caruman minimum untuk pelaburan ini adalah rm500 sebulan dan maksimumnya adalah 84,000 sebulan.
Selain dari kelebihan pelaburan terbaik yang kami tawarkan, anda boleh mendapat pelbagai manfaat tambahan dari i-Great Abadi ini seperti:

1. Manfaat perlindungan Asas
sekiranya anda ditimpa musibah seperti kematian @ lumpuh kekal sebelum umur 70 tahun, kami akan memberikan rm10,000 manfaat perlindungan asas kepada keluarga anda kerana anda menyertai portfolio ini. ini bermakna keluarga bukan sahaja mendapat pulangan dari pelaburan anda itu tetapi mereka juga akan mendapat pendapatan tambahan dari kami.

2. Manfaat kematian kemalangan (ADB)
Jika anda ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam tempoh pertama pernyertaan sijil pelaburan anda, kami akan memberikan manfaat ini secara sekaligus kepada keluarga anda.
Jumlah perlindungan tambahan ini akan diberikan kepada keluarga anda berdasarkan 10% dari jumlah pelaburan anda itu. Sebagai contoh, dalam pelaburan anda sudah dicarumkan sebanyak rm200,000. Jika berlaku kemalangan kepada anda, syarikat akan memberikan rm20,000 kepada keluarga anda sebagai tambahan perlindungan kepada anda. Ini bermakna pelaburan anda tetap tidak diusik oleh syarikat kami.

3. Pilihan perlindungan Tambahan Untuk Anda
Terdapat 2 Rider yang dapat menjamin pelaburan anda jika berlaku musibah kepada anda. Rider ini akan memastikan pelaburan dan kebajikan keluarga anda terjamin dan selamat:

a)i-Provider Plus - Jika anda memilih rider ini, apabila berlaku musibah kepada anda seperti kematian, lumpuh kekal @36 penyakit kritikal anda tidak perlu lagi membayar pelaburan bulanan kepada kami kerana pihak syarikat yang akan membayar pelaburan ini kepada keluarga anda. dengan ini pelaburan anda tetap bertambah walaupun anda tidak lagi mampu untukmembayarnya.

b)i-Contributor Plus - Jika anda membuat pelaburan untuk orang lain seperti anak-anak, isteri @ suami. Kemudian berlaku musibah kepada anda seperti diatas, anda tidak mampu lagi untuk membayar pelaburan bulanan itu. Namun dengan rider nin, pelaburan untuk anak-anak @keluarga anda tetap dijamin dan dibayar oleh syarikat kami sehingga matang.

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Pelan i-GrEaT Amal - Simpanan Haji dan Perlindungan Khusus Untuk Anda

Mengerjakan Ibadah  Haji dalam ketenangan tanpa risau akan status simpanan haji dan keperluan perlindungan anda. Kami menyediakan perlindungan dan simpanan haji untuk anda. malah dengan i-Great Amal kami menyediakan platform beramal untuk anda mewakafkan @ menyedekahkan duit dari kami (mengikut pakej yang anda pilih) kepada mana-mana badan kebajikan @yayasan yang anda pilih



Dengan rm50 anda mampu untuk beramal untuk akaun jariah anda. Bagaimana simpanan haji dan perlindungan dapat dicapai?simpanan haji amatlah penting bagi anda untuk mempersiapkan diri sebelum ke tanah suci kota mekah. 

Melalui iGreat Amal, anda boleh membuat simpanan haji dan mendapat perlindungan disamping pelbagai manfaat lain.

iGreat Amal adalah platform tambahan kepada anda untuk simpanan haji disamping simpanan ditabung Haji. Oleh itu, anda bukan sahaja mendapat wang tambahan untuk perjalanan anda ditanah suci nanti tetapi juga perlindungan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.

Jika anda perhatikan rajah diatas, jika anda simpan dengan kami dengan kadar hanya rm5o sebulan, jika berlaku musibah kepada anda pihak kami akan terus mewakafkan rm30,000 di mana-mana institusi kebajikan yang anda senaraikan kepada kami seperti masjid, sekolah anak yatim, yayasan kebajikan atau badan-badan NGO.

Malah jika anda simpan rm500 sebulan didalam protfolio ini, pihak kami akan mewakafkan rm1 juta!! kepada mana-mana badan kebajikan yang anda pilih.

Hebat bukan!!
Jika anda fikirkan kembali, adakah anda mampu untuk sedekahkan rm1 juta kemana-mana badan kebajikan sementara anda hidup kini..namun dengan i-Great Amal kami, anda mampu untuk melakukannya dan beramal untuk amal jariah anda.


1. Manfaat tunai menunaikan haji
Apabila anda membuat simpana haji bersama kami sehingga tahun ke-5 apabila anda ingin menunaikan ibadah haji @ umrah, anda akan diberikan rm800 secara percuma sebagai duit poket untuk anda menunaikan ibadah di tanah suci nanti.

2. Manfaat badal haji
sekiranya di dalam tempoh simpanan ini, anda masih tidak mengerjakan haji@umrah, kami akan menunaikan badal haji untuk anda.

3. Manfaat korban untuk aidil adha
setelah 10 tahun simpanan haji anda bersama kami, kami akan memberikan 1 bahagian  korban yang berharga sehingga rm500 diatas nama anda.

4. Manfaat pelepasan cukai
Daripada portfolio iGreat Amal ini anda tidak akan dikenakan cukai dan caruman yang dibayar akan mendapat pelepasan cukai.

5. Manfaat berganda ketika mengerjakan Haji@Umrah
Jika anda ditimpa musibah di Tanah Suci nanti, kami akan memberikan pampasan tambahan kepada anda. Jika anda ingin memberikan sebahagian daripada wang derma tersebut kepada ahli keluarga anda selain daripada badan-badan kebajikan yang telah anda pilih, anda boleh lakukannya. ini bermakna bukan sahaja ahli, masyarakat yang mendapat manfaat ini, tetapi keluarga anda juga dapat merasai kebaikan protfolio ini.

6. Manfaat Khairat kematian
Jika berlaku musibah kepada anda semasa anda menyimpan bersama kami didalam portfolio i-Great Amal ini, ahli keluarga anda akan mendapat duit Khairat Kematian yang diambil dari  'Dana Tabarru' kami

Great Eastern Takaful....Life is Great!!




Pelan I-GreatDamai



Nikmati perkara yang lebih baik dalam kehidupan dengan perlindungan komprehensif yang berpatutan dengan i-Great Damai medical card takaful kami.
Pelaburan anda dijamin memberikan pulangan terbaik untuk anda dalam jagka masa yang telah ditetapkan.

Dana i-mekar
Dana ini adalah dana yang paling aggresif dan menguntungkan. Dana dimana 80% sehingga 100% daripada pelaburan adalah dalam ekuiti dimana pasaran ekuiti mungkin mudah ubah dalam jangka masa pendek. Ia juga sedikit berisiko berbanding dengan dana-dana yang lain kerana pelaburan ini dibuat atas ekuiti yang sentiasa berubah-ubah.

Dana i-Majmuk
Ia adalah dana bercampur dan dianggap sebagai dana yang sederhana. Dana yang dilaburkan dalam campuran ekuiti , sekuriti pendapatan tetap dan instrument pasaran wang. Terdapat feksibiliti dalam peruntukan asset memandangkan dana ini boleh dilaburkan hanya dalam sekuriti pendapatan tetap @ekuiti.

Dana i-Makmur
Ia adalah dana yang paling selamat dilaburkan tetapi menghasilkan pulangan yang paling minimum berbanding dengan kedua-dua dana diatas. Dana yang dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap, contohnya bon keraan dan korporat (kada dari 40% hingga 95%) dengan baki dilaburkan dalam tunai dan sekuriti tunai lain.

Manfaat meedical card takaful dan banyak lagi
Manakala anda juga boleh mendapat pelbagai keuntungan dari pelaburan ini terutamanya:-

i-medik(medical card takaful)
Lindungi kesihatan dan keperluan perubatan anda dengan rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital, perbelanjaan pembedahan dan rawatan pesakit luar dengan medical card takaful kami.
Anda juga mendapat pampasan jika anda menghidapi 36 penyakit kritikal
Sekiranya anda diwadkan didalam hospital, anda akan menikmati manfaat tunai harian bagi wad normal atau 2 kali ganda manfaat tunai harian untuk kemasukan unit rawatan rapi
Dan juga jika berlaku penyakit kritikal @hilang upaya, anda tidak perlu membayar caruman bulanan anda tetapi perlindungan anda tetap dijamin kerana perlindungan anda dibayar melalui ‘Dana Tabarru’ kami.

Perlindungan
  • ·         DD (kematian)
  • ·         TPD (Lumpuh Kekal)
  • ·         CI (36 Penyakit Kritikal)
  • ·         EPCC (early Payout CriticalCare Rider)
  • ·         ADD (Kematian akibat kemalangan)
  • ·         AMR (Klinik luar)
  • ·         CABX (Comprehensive Accidental Benefit Extra)
  • ·         i-GrEaT Income
  • ·         iMedik – Medical Card Takaful
  • ·         Hospital Benefit (rm50 – rm500 bergantung pada gaji)
  • ·         Khairat Kematian rm2000
Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Tuesday, April 16, 2013

MEDICAL CARD TAKAFUL G.E

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pengguna kita telah boleh memiliki banyak pilihan untuk medical card takaful. Memilih yang halal itu adalah wajib bagi kita seorang muslim. Ramai yang telah menyedari tentang kepentingan memiliki product insuran takaful berbanding Insuran konvensional.

Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang kehebatan medical card Great Eastern. Saya boleh beri jaminan kepada anda, Great Eastern takaful adalah yang terbaik dan mampu milik untuk semua orang dengan kos rawatan yang ditanggung amat tinggi! namun begitu, sebagai seorang customer anda boleh buat perbandingan terlebih dahulu, tetapi saya guarantee anda tidak akan dapat yang terbaik kerana Great Eastern mempunyai kelebihan seperti berikut:


1) kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi
Dengan caruman bulan rm200, Great Eastern boleh memberikan medical card untuk Room & Board bernilai rm200 dengan manfaat hilang nyawa yang lebih tinggi iaitu rm100,000 (termasuk rm2000 khairat kematian).
Dapat pula rm50,000  coverage untuk 36jenis penyakit kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat early payout critical care.

Malah, pelan untuk kanak-kanak hanya rm160 sebulan tetapi boleh dapat room & board bernilai rm200 serta kadar simpanan yang tinggi untuk pendidikan!


2)  Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi

Medical card untuk Room & Board bernilai rm150 Great Eastern memberikan had tuntutan seumur hidup berjumlah rm720,000 dan had tahunan rm90,000. Ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan satu syarikat takaful yang memberikan had seumur hidup rm625,000 dan had tahunan rm62,500.

3)Ko-Takaful yang lebih menjimatkan kerana lebih rendah

Great Eastern Takaful mengenakan caj co-takaful adalah sangat rendah. Great Eastern Takaful hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan maksimum hanyalah rm500 shj.
Berbeza dengan medical card syarikat takaful ini yang mana minimum adalah rm300 dengan maksimum rm1000. Ini bermakna jika bil yang dikenakan adalah rm1000, pemegang kad Great Eastern Takaful hanya membayar rm100 sedangkan pemegang kad takaful syarikat yang satu ini perlu membayar RM300. Jika bil rm10,000 pula pemegang kad Great Eastern Takaful hanya membayar rm500 sedangkan pemegang kad takaful syarikat yang satu ini perlu membayar rm1000.
Ramai pelanggan Great Eastern Takaful yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah. Walaupun begitu, kebiasaannya perunding Great Eastern dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan elaun Hospital Harian untuk tamping ko-takaful ini.


4) Cash value yang lebih tinggi nilainya

Projected cash value yang boleh dikeluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, Great Eastern Takaful memberikan yang jauh lebih tinggi dari pesaing!
Pelan takaful – Investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagan daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern Takaful mempunyai caj yang lebih rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat cash value

5) Early payout critical Care Benefits (EPCC)

Early Payout Critical Care pula adalah manfaat pelan yang paling unik di Malaysia. Satu-satunya pelan yang membolehkan anda membuat tuntutan walaupun penyakit berada pada peringkat permulaan. Manfaat ini tidak akan anda temui ditawarkan oleh mana-mana syarikat takaful lain.
Tiada tambahan premium diperlukan untuk memiliki faedah ini. Bermakna caruman bulanankekal rm200 dan sudah termasuk manfaat EPCC berjumlah rm50,000.
Pelanggan yang menghidapi cancer stage pertama sbg contoh, tidak boleh claim dibawah manfaat perlindungan penyakit kritikal kerana hanya cancer stage 3 barulah dikatakan critical illness. Tetapi dengan pelan Great Eastern Takaful ini, penyakit yang masih ditahap permulaan pun sudah boleh nak buat tuntutan. Kalau dia tiada medical card, boleh guna duit itu untuk rawatan. Kalau ada medical card pula, duit itu boleh diguna untuk ganti income kalau terpaksa cuti tanpa gaji atau lebih teruk kalau terpaksa berhenti kerja

6) Tiada kos perlu ditambah untuk dapatkan coverage medical card ehingga umur 80 tahun.

Satu lagi perbezaan yang orang tak berapa Nampak adalah Great Eastern Takaful mempunyai medical card terus melindungi pemegang polisi sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang lain pencarum terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang rm200 itu untuk naikkan perlindungan medical card sehingga umur 80 tahun. Tiada tambahan lain perlu dilakukan di Great Eastern.
Jadi saya telah buat perbandingan untuk anda membuat keputusan yang selesa dan tepat untuk memilih medical card terbaik! Hubungi saya segera sebelum dan jangan tangguh lagi kerana kita tidak mengetahui bila kejadian dan takdir yang tidak diingini akan berlaku kepada kita.

7) Kos Tabarru yang murah dan lebih berpatutan
kos tabarru merupakan kos sebenar yang perlu dibayar oleh peserta takaful untuk melindungi diri untuk tujuan perubatan. Untuk pengatahuan anda, kos tabarru yang dikenakan oleh Great Eastern takaful adalah antara  yang erendah jika hendak dibandingkan dengan syarikat takaful yang lain. Anda boleh kaji dan bertanya kepada agen takaful anda sendiri.

Sebagai contoh, mengikut ilustrasi dibawah, sekiranya pemegang polisi adalah seorang wanita yang berumur 30 tahun, membayar premium berharga rm100, jumlah kos tabarru yang perlu dibayar adalah sebanyak  setahun bersamaan rm sebulan. satu amaun yang lebih rendah daripada syarikat takaful yang lain.

8) rm15, 000 bagi tuntutan kematian akibat kemalangan.
setiap pemegang polisi daripada Great Eastern secara automatiknya akan diberikan manfaat kematian
akibat berlaku kemalangan yang bernilai

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Sunday, April 14, 2013

Jenis-Jenis takaful yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful

   Produk berkaitan pelaburan (ILP)
   Tradisional

  • i-Great Amal



Apa itu i-Great Damai? 
      Merupakan takaful keluarga yang memberi perlindungan komprehensif kepada peserta semasa hayat dan manfaat kewangan kepada waris-waris peserta apabila peserta meninggal dunia.

Apa itu i-Great Abadi?
 Merupakan takaful yang direka khas untuk pelaburan yang mampu menjana kemewahan untuk peserta



  Apa itu i-Great Amal?

Merupakan takaful khusus untuk simpanan dan perlindungan ketika Haji/Umrah


   Apa itu i-Great Iqra'?

       Merupakan takaful keluarga untuk tabungan pendidikan anak-anak

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Best New Takaful Operator in the World is Great Eastern Takaful



Alhamdulillah, GE Takaful telah dianugerahkan sebagai Best New Takaful Operator in the World oleh Islamic Business & Finance 2011





Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Adakah Modal Perbankan Islam Haram ?




Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Dalam arus pesat pembangunan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, terdapat beberapa isu yang masih lagi dipertikaikan oleh masyarakat yang mana ia perlu ditangani segera oleh para ilmuwan Islam (Ulama). Antara isu yang kerap ditimbulkan adalah berkenaan modal permulaan bagi bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful, terutamanya yang berasal daripada syarikat induk beroreintasikan konvensional. Saya kerap mendengar, ramai yang mempersoalkan “kesucian” modal bank-bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam. Ini menyebabkan mereka kerap bertanya : adakah Bank-bank Islam dan Takafuk benar-benar bersih dengan modal yang kotor?
Respon ringkas yang dapat saya berikan tehadap soalan ini adalah seperti berikut:
a) Wang itu sendiri adalah “tidak haram” dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi “haram”  disebabkan oleh jalan untuk memperolehinya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz, hlm 265).
b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individu-individu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal dari sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan Takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk.
Jika dilihat di sisi  Shariah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, di mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim dari mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa adalah harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.
Imam Ibn Nujaim pula berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama mana tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram. Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali setelah disahkan kebersihannya(halal). (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair, hlm 125). Imam Ibn Quddamah pula berkata: “….Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu adalah daripada sumber/modal yang halal, maka ia adalah halal.” (Al-Mughni, 4/334)
Ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah DIBENARKAN SECARA TOTAL untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal, ms 116).
Dalil-dalil mereka amat banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19) :-
  • a) Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
  • b) Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
  • c) Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
  • d) Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
  • e) Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
  • f) Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)
  • g) Jika muamalah seperti ini dihalang, sudah tentu keadaan yang amat sukar akan berlaku kerana di akhir zaman seperti ini, sememangnya amat sukar bagi mencari sesebuah syarikat yang 100 % halal pendapatannya ( Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas, hlm253 )
Oleh yang demikian, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank-bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful. Tidak dinafikan bahawa adalah menjadi suatu keperluan yang besar bagi pihak bank untuk memastikan bahawa hanya bahagian yang halal sahaja digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan Bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.
Akan tetapi, jika masih terdapat sebahagian kecil/minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat bahawa ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya. Berikutan itu, bank Islam bolehlah membersihkan modal yang ragu tadi dengan membayar kembali pinjaman itu selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.
Jika anda berpandangan bahawa semua cara di atas adalah tidak dibenarkan juga, maka bagaimana mungkin sebuah bank atau syarikat konvensional beralih kepada sistem Islam tanpa bantuan modal atau kewangan yang mencukupi.  Oleh itu, selari dengan Maqasid Shariah, ia harus dibenarkan bagi membolehkan proses pertukaran sistem konvensional kepada sistem Islam dialkukan, walaupun pada permulaannya sebahagian daripada modal yang jelas haram terpaksa digunakan untuk tujuan itu.
Selain itu, Ulama  silam juga telah membincangkan berkenaan  hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337). Berdasarkan ijtihad ini, kita berpandangan bahawa bank Islam harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/ pelaburan yang dijalankan walaupun pada modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram.
Isu ini harus difahami dengan jelas, terutamanya apabila kekeliruan mengenai perkara ini menyebabkan bank Islam dituduh sebagai tidak Islamik dan lebih buruk lagi, meletakkan bank Islam sama darjat dengan bank-bank konvensional.

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Tak suka Takaful Tak suka insuran tak suka3x !! TAPI MENGAPA?


Takaful dan Insuran

Agak-agaknya kenapa topic ni jarang or malas untuk dibualkan?                                                           

Ok..biar saya cerita sedikit kenapa ia jarang dibualkan..Ini kerana takaful dan insuran ini berhubung kait dengan perkara yang mereka tak suka.  Yelah ibarat kita suka sesuatu makanan, pasti kita akan tanya sapa buat?or beli dimana? Tapi bila kita tak suka makan sesuatu tu, sesudu je telan then diam tanpa sebarang kata.
Tak nak sakit, tak nak mati! Kalau la kata-kata itu boleh jadi kenyataan kerana hakikatnya kita  semua pasti akan mati cuma masanya tak tahu bila. 80% orang yang nk meninggal akan menemui saat-saat kritikal yang mana mungkin menyebabkan kecacatan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.  Kes macam ni banyak dan akhirnya keluarga ditinggalkan menderita bertahun-tahun akibat sang pencari nafkah meninggal..sedihnya kan?

Kenapa orang ramai tidak percaya insuran/takaful?

Setiap orang ingin pergi ke syurga, tapi tidak seorang pun ingin mati kecuali mati syahid betul tak? Orang ramai pasti akan percaya pada insuran/takaful jika dia percaya bahawa keluarganya akan mendapat sejumlah wang di saat-saat kritikal. Tetapi masalahnya itula, untuk mendapatkan perlindungan itu kita mesti mengeluarkan sejumlah wang. Dan kita tidak akan dapat apapun di saat kita membuat sumbangan/premium bulanan. Berbeza dengan pakaian yang dapat, kita boleh pakai sesaat  kita membayar duitnya di butik.
Jadi pada saat orang tidak ingin mengeluarkan sejumlah wang untuk perlindungan (yang belum tentu terasa akibatnya secara langsung), pada saat itulah dia akan mengeluarkan alasan bahwa dia tidak percaya dengan insuran/takaful. sayang sekali dan malangnya dia akan mengorbankan kesejahteraan keluarganya jika dia tenyata sudah tidak dapat menghasilkan pendapatan kerana sakit kritikal, kecelakaan atau meninggal.

Lalu kenapa pula kebanyakan orang menghindari agen insuran/takaful
Sebuah kenyataan bahawa insuran/takaful adalah salah satu product yang sangat sulit untuk dijual kerana ia membincangkan hal-hal yang tidak diingini berlaku yang membuatkan orang ramai tak suka nak dengar. Dan kerana kenyataan macam tu membuatkan agen insuran/takaful kadang-kadang menggunakan cara yang terlalu memaksa yang membuat orang lari dari agen. Dan naluri semua orang tidak  suka di tekan. Akibat daripada persepsi negetif ini, banyak keluarga yang di tinggalkan dalam keadaan financial yang tidak dilindungi. Adalah hal penting untuk memisahkan ketidaksukaan terhadap produk insuran/takaful ( dan keperluan mereka akan insuran/takaful) atau ketidaksukaan terhadap agen pemasaran.  

Kenapa banyak orang yang merasa tidak memerlukan insuran/takaful
Sekali lagi ini adalah sebuah persepsi yang sangat tidak menguntungkan tapi kerana dipengaruhi oleh info baik dan buruk ; benar dan salah. Kebanyakan orang sebenarnya merasa tidak memerlukan insuran/takaful dalam situasi tidak faham konsep insuran/takaful itu sendiri.
Kerana kebanyakan info mengenai insuran/takaful adalah buruk, jadi ini yang membentuk pemahaman umum dan kemudian tidak menyenangi insuran/takaful. Agen seolah-olah mendoakan orang mati cepat, dan berbagai alasan lain yang dimunculkan yang sebenarnya berkisar pada ketidakmengertian akan konsep insuran/takaful. Dan ini pulalah yang membentuk mindset bahwa mereka tidak memerlukannya.
Jom jadi bijaksana membuat/menilai terlebih dahulu secara neutral manfaat insuran/takaful. Apakah memang Anda benar-benar tidak memerlukanya? Atau sangat memerlukannya.

Kenapa banyak orang ragu untuk ambil insuran/takaful untuk diri mereka..?
Menunda/menangguh memang karakter umum manusia. Dan kita tentu akan terus berusaha berfikir bahwa kita akan sihat selamanya. Pemikiran macam itu yang akan mebawa orang untuk tetap menangguh waktu. Sampai pada waktunya kejadian yang mereka takutkan itu datang, sakit kritikal misalnya, mereka baru akan berpikir positif tentang insuran/takaful. Alahai..dan ketika waktu sakit kritikal itu dtg insuran/takaful dah tak boleh diambil.

Kenapa muncul persepsi umum bahwa bentuk investment lain lebih menguntungkan dari asuransi jiwa?
Apabila Anda dapat menjamin kesejahteraan financial kelurga Anda dan menjamin bahwa Anda akan berumur panjang, mungkin produk insuran/takaful akan menjadi produk yang lebih tidak menarik dibanding produk investment lainnya. Fungsi utama insuran/takaful adalah perlindungan kewangan pada saat diperlukan, yakni pada saat orang meninggal atau menjadi cacat karena sakit kritikal atau kecelakaan. Lagipula insuran/takaful bukanlah produk investment, jadi jangan berpikir untuk mencari untung dari insuran/takaful

Great Eastern Takaful..life is great....