Saturday, October 19, 2013

Betapa pentingnya takaful pada Anda!!!

Assalam dan selamat pagi semua...terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Moga-moga entry kali ini memberi manfaat kepada semua. Hari ini saya nk share tentang 1 peristiwa yang telah berlaku pada saya petang semalam. Peristiwa yang telah pon menjadi kenangan. Pertemuan diantara saya bersama 2 orang ex-colleague. Salah seorang ex-colleague itu adalah client saya. Pada awalnya pertemuan itu adalah untuk mendapatkan signature sahaja supaya monthly payment policy Takaful Great Easternnya dapat dipotong dari akaunnya terus.

Dipendekkan cerita, setelah selesai pertemuan itu saya menghantar salah seorang daripada ex-colleague ke office. Dalam perjalanan, kami berbual kosong. 'Aku dah ada takaful, baru ambil' katanya. Alhamdulillah, lega bila saya mendengarnya. Saya betul2 nak membantu, memberi kesedaran betapa pentingnya insuran takaful dalam hidup kita. Lagi2 pada mereka yang seagama. sebab dalam Islam bayar hutang itu adalah wajib untuk dilunaskan.

Saya tanya pada dia takaful apa yang dia pilih? dia kata dia ambil takaful xxx..ok.. kemudian saya tanya lagi 'eh..xcompare ke proposal yang aku bagi dengan takaful yang baru diambil ini?' dia cakap 'dah..dan mmg diakui policy yang diambil itu lebih rendah benefitnya daripada Takaful Great Eastern'. saya tanya semula 'kenapa amik yang itu?' reasonnya hanya sebab dia still single dan dia masih bekerja, tak mahu pk masa hadapan yang belum pasti kemana arah tuju dan tiada next of kin, tak tahu siapa yang akan jadi perwaris nanti sebab still single lg dan reason utama adalah disebabkan jika berlaku apa2 pada dirinya, dia hanya akan gunakan insuran company dan insuran takaful ini sebagai backup. oh lupa pula satu lagi reason agen takaful itu adalah rakan karibnya. Saya akui sahabat saya itu boleh dikatakan kerjayanya bagus dan stabil.

Dan disebabkan reason2 itu saya hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Saya menghormati dengan keputusannya. hurm, tapi bila difikirkan semula entah kenapa ketika itu saya lebih rela membuka cerita lain dan membiarkan dia dengan kata2nya.

Kepada semua pembaca, khususnya yang still single, samada anda lelaki atau perempuan jika anda berfikiran seperti sahabat saya tadi, apa kata saya beri pendapat saya pula. Mana tau mungkin akan dapat mengubah persepsi anda pada konsep takaful ini sendiri yang menjadikan insuran takaful sebagai backup :)

Tujuan takaful sebenarnya adalah untuk membantu dari segi kewangan diwaktu kecemasan.
bagi anda yang masih single saya nk bertanya, jika dalam 5 tahun ini anda masih belum ditemukan jodoh oleh Allah dan jika dalam 5 tahun ini allah beri ujian yang mana anda di timpa sakit kritikal Adakah anda rasa company boleh menanggung anda sehingga akhir hayat? sudah pasti dalam 1 tahun, setiap company mempunyai limit cuti dan kebiasaannya max cuti adalah sehingga 60 hari.
Apakah yang akan anda lakukan jika anda diberitahu anda terpaksa diberhentikan kerja atas sebab anda tidak dapat perform dan company tidak mampu untuk menyimpan anda lagi? Apa yang anda akan cari untuk menampung kos kehidupan anda. sekiranya anda biasa mendapat gaji tiap2 bulan 4 hingga 6 ribu sebulan tiba-tiba, di saat anda diberhentikan, anda sudah tiada lagi sumber pendapatan. Kepada siapa yang anda akan cari?minta pertolongan  parent untuk tanggung kehidupan anda?mengharapkan pampasan takaful yang begitu rendah? medical benefit yang sedikit untuk setiap tahun?cuba anda fikirkan jika anda tidak mampu bekerja. takaful bukanla sekadar backup insuran company sahaja, ianya adalah perlindungan anda seumur hidup. dan cuba fikirkan adakah anda akan bekerja sehingga akhir hayat untuk mendapatkan insuran company?

Disini saya nak kongsikan link entry yang saya pernah post sebelum ini berkenaan tips-tips memilih takaful yang bagus(http://takeurstep.blogspot.com/2013/05/tips-tips-memilih-plan-insuran.html). Moga dapat membantu anda dalam membuat keputusan In shaa Allah. Pilih yang terbaik kerana takaful ialah perlindungan seumur hidup dan komitment sepanjang hayat (selagi masih mampu bekerja)

sebarang kemuskilan atau pertanyaan jangan segan silu untuk bertanya. In shaa Allah saya akan membantu sedaya upaya :)

012-3224767 sallyna

Great Eastern Takaful..life is great!!








Thursday, October 17, 2013

MRTA vs MLTA

Masih ramai lagi yang tidak tahu apa itu MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.

Biar saya terangkan secara ringkas. Umumnya ia berkenaan insuran perlindungan terhadap loan rumah. Jangan tersilap, kebanyakan orang ingat, itu adalah insuran rumah. Actually ianya adalah perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam(pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia ataupun hilang upaya kekal.

MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT adalah hampir sama tetapi tak serupa.

1)MLTT - Mortage Level Term Takaful
2)MRTT - Mortage Reducing Term Takaful
3)MLTA - Mortage Level Term Assurance
4)MRTA - Mortage Reducing Term Assurance

perbezaan yang kita boleh nampak di sini ialah perkataan Takaful, Assurance, Level dan Reducing

Takaful vs Assurance.
Takaful - syariah compliance
Assurance - conventional.

Level vs Reducing
Level - Jumlah perlindungan berkadar rata atau sama disepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa Reducing - jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan.

Masih samar-samar? Mari kita lihat perbezaan MLTT dan MRTT secara gambaran pula, mungkin lebih jelas In shaa Allah :)

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak 
RM100,000 + nilai tunai(investment) setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank.

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman 
diselesaikan oleh pengendali takaful

Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh dilihat melalui jadual berikut


Jika anda mahukan quotation untuk MLTT dari Great Eastern Takaful, boleh call, whatsapp,we chat saya di 012-3224767 - sallyna

Great Eastern Takaful..life is great!!



Saturday, October 12, 2013

ALASAN yang biasa didengar

Assalam dan selamat pagi kepada semua pembaca...

Hari ni saya nak share alasan yang selalu saya dapat bila saya tanya mengenai memiliki takaful, diorang akan cakap  "saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapikan tulah..." Sepanjang pengalaman saya bersama Great Eastern Takaful, sering kali saya dengar ayat di atas. Kadang-kadang saya rasa simpati pun ada, sebab mampu beli kereta yang bayar 5 hingga 6 ratus sebulan, rumah sampai ada empat bilik, baju anak-anak nak branded, isteri tiap-tiap bulan beli bekas plastik brand tapperware, setahun sekali pergi melancong ke luar negara sampaikan tak mampu nak ambil takaful.

Kepada pembaca semua, ambil takaful ni bukanlah mahal sangat. Tidak semahal bayar monthly kereta, Tidak perlu bayar 4, 5 ratus sebulan. Tetapi kenapa ramai yang masih menggunakan ayat ni agaknya? Bukan sekadar orang jauh tetapi cukup org disekeliling saya. Ramai yang guna ayat diatas.

Kalaulah kan, nauzubillaminzalik, saya bukan mendoakan tapi jika tiba-tiba perkara yang tidak diingini berlaku sebagai contoh emergency surgery terpaksa dilakukan dengan anggaran kos rm60,000 di Institut Jantung Negara, boleh tak bila staff bahagian admission tanya "Puan nak bayar bil nanti pakai cash ke pakai takaful?" lepas tu kita jawab "saya tak ada cash banyak tu. saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapikan tulah" . Agak-agaknya boleh tak bayar bil dengan jawab macamtu? hurm...terfikir tak?kalau tak boleh kenapa masih nak guna ayat kt atas tu. hubungi saya dan saya akan bantu sebanyak mungkin. Niat saya untuk membantu semua orang, saya beri knowledge dan kesedaran kepada semua rakyat malaysia betapa pentingnya takaful ketika kita susah disamping memartabatkan lagi ekonomi islam. 

Great Eastern Takaful..life is great!!

Untuk rakan perunding,
Seperti yang pernah kita semua alami, kadang-kadang dalam kita memasarkan produk takaful ini, setelah banyak usaha yang kita lakukan beserta masa yang kita korbankan, akan ada juga bakal pelanggan yang memilih untuk mengambil bukan dengan kita. Janganlah kecewa, merajuk atau berkecil hati apatah lagi dengan memburuk-burukkan pesaing anda kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ikhlaslah dalam bekerja. Jika semua tindakan kita telah diniatkan untuk ibadah, maka tidak ada yang sia-sia. Selalu ada hasil, jika tidak di dunia, pasti di akhirat. Sebab Allah Maha Tahu dan Adil membalas setiap ibadah kita. InsyaAllah.
Ceritanya….
“Dia kata kalau ambil dengan Great Eastern ni susah nak claim. Betul ke? ” tanya pelanggan itu.
“Siapa kata?” soal maman pula.
“Agen tu la cakap masa saya bagitahu dah decide untuk ambil medical plan dengan Great Eastern. Tapi based on statistic claim yg awak tunjuk tu sy rasa Great Eastern tak ada masalah” kata pelanggan itu seterusnya.
“Sebenarnya sebelum saya buat appointment ni saya dah buat study sikit pasal medical card ni, sebab tu la saya decide nak ambil dengan Great Eastern” tambahnya.

Akhir-akhir ini, beberapa temujanji maman dijumpakan dengan bakal pelanggan yang bijak takaful. Maksud maman ‘bijak takaful’ adalah sebelum berjumpa, mereka sudah membuat sedikit kajian dengan membandingkan pelbagai medical card yang ada di pasaran. Pelanggan jenis ini biasanya akan membuat perbandingan sendiri berpandukan maklumat yang ada di internet dan wakil-wakil takaful diruangan forum yang berselerakan di internet. Dengan perbandingan ini, ada antara mereka yang mula menyedari tidak semua medical card itu sama, dan pelan medical card Great Eastern mempunyai kelebihan yang tiada pada medical card daripada penyedia yang lain.  Biasanya pelanggan jenis begini akan aturkan temujanji hanya untuk kepastian dan periksa semula maklumat yang mereka faham adalah betul.
Ketika maman minta mereka berkongsi apakah yang menyebabkan mereka membuat keputusan memlih pelan comprehensive medical card Great Eastern Takaful  (agar dapat dijadikan panduan bagi mereka yang sedang mencari-cari medical card terbaik diluar sana), maka mereka menyatakan:
1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi
“Dengan caruman bulan yang sama iaitu RM200, Great Eastern memberikan saya medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM77,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care”. Kata Azmin (bukan nama sebenar) seorang eksekutif yang akan mencecah usia 34 tahun pada tahun hadapan.
Benar apa yang beliau katakan apabila pelanggan ini sendiri menunjukkan quotation daripada satu syarikat Takaful Senior, untuk caruman bulanan yang sama iaitu RM200, beliau hanya diberikan medical card Room & Board RM150 sahaja dengan Manfaat Kematian  RM70,000 dan berserta RM50,000 perlindungan penyakit kritikal.
2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi
“Bila saya compare, jika saya ambil medical card untuk Room & Board bernilai RM150, Great Eastern memberikan saya had tuntutan seumur hidup berjumlah RM900,000 dan had tahunan RM90,000. Ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan satu syarikat takaful yang memberikan saya had seumur hidup RM625,000 dan had tahunan RM62,500 sahaja” tambah beliau lagi.
Secara logik, Azmin mendapati adalah lebih menguntungkan jika pada caruman yang sama RM200 dengan Room & Board RM150 tetapi mendapat had tahunan dan had seumur hidup yang jauh lebih tinggi. Inipun beliau membandingkan untuk medical dengan Room & Board RM150 supaya adil katanya walaupun beliau diquote boleh untuk mengambil R&B yang leib tinggi iaitu RM200.
3) Ko-Takaful yang lebih menjimatkan kerana lebih rendah
“Saya membuat keputusan untuk memilih Medical Card daripada Great Eastern Takaful bila sahaja saya tahu rupa-rupanya caj co-takaful adalah sangat rendah. Sebelum ini saya tidak tahu Great Eastern hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan maksimum hanyalah RM500 sahaja” kata Azmin lagi.
“Berbeza dengan medical card syarikat takaful ini yang mana minimum adalah RM300 dengan maksimum RM1000. Ini bermakna jika bil yang dikenakan adalah RM1000, pemegang kad Great Eastern membayar hanya RM100 sedangkan pemegang kad takaful ini pula membayar RM300. Jika bil RM10,000 pula pemengang kad Great Eastern hanya membayar RM500 sedangkan pemengang kad takaful syarikat yang satu ini perlu membayar RM1000″ Azmin menceritakan hasil analisisnya.
Ramai pelanggan Great Eastern yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah sepertimana yang dinyatakan oleh Azmin. Walaupun begitu, kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful ini.
4) Cash-Value yang lebih tinggi nilainya
“Bila saya membandingkan projected cash value yang boleh saya keluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, saya dapati Great Eastern memberikan angka RM21,446 – RM 37,036 sedangkan syarikat takaful lagi satu memberikan angka RM19,037 – RM32,955″
Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.
5) Early Payout Critical Care Benefits (EPCC)
Early Payout Critical Care pula adalah manfaat pelan yang paling unik di Malaysia. Satu-satunya pelan yang membolehkan anda membuat tuntutan walaupun penyakit berada pada peringkat permulaan. Manfaat ini tidak akan anda temui ditawarkan oleh mana-mana syarikat takaful lain.
Azmin agak teruja apabila mengetahui tiada tambahan premium diperlukan untuk memiliki faedah ini. Bermakna caruman bulanan kekal RM200 dan sudah termasuk manfaat EPCC berjumlah RM50,000.
“Pelanggan yang menghidapi cancer stage pertama sbg contoh, tidak boleh claim dibawah manfaat perlindungan Penyakit Kritikal kerana hanya cancer stage 3 barulah dikatakan Critical Illnesses. Tetapi dengan pelan Great Eastern ini, penyakit yang masih tahap permulaan pun sudah boleh nak buat tuntutan. Kalau dia tiada medical card, boleh guna duit itu untuk rawatan. Kalau ada medical card pula, duit itu boleh guna untuk ganti income kalau terpaksa cuti tanpa gaji atau lebih teruk kalau terpaksa berhenti kerja” kata saya apabila Azmin minta untuk saya terangkan contoh lebih lanjut.

***
Maman pada mulanya agak terkejut apabila pelanggan sekarang boleh membuat perbandingan sehingga sebegitu terperinci. Namun ini adalah satu petanda baik kerana pelanggan kini lebih bermaklumat sehingga boleh terang seperti seorang perunding takaful pula. Satu sikap yang maman rasa satu aras bahawa pelanggan mutakhir ini bukan lagi seperti dulu yang sangat fobia bila mendengar perkataan insuran/takaful.
Great Eastern Takaful....Life is Great!!

Thursday, October 10, 2013

Kepentingan Takaful & Anda

Assalamualaikum
Kepada ANDA yg masih belum membuat simpanan dlm TAKAFUL, rancanglah perbelanjaan ANDA sebijaknya. Pakar-pakar kewangan mencadangkan hanya 10% drp pendapatan ANDA untuk simpanan dlm TAKAFUL. 10% itu lah kepentingan TAKAFUL & ANDA.

Takaful Great Eastern menyediakan pelan yang hebat untuk anda
untuk keterangan lanjut sila whatsapp or call saya : 0123224767

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

SHARIAH COMMITTEE TAKAFUL GREAT EASTERN

Great Eastern Takaful....Life is Great!!

PROMOSI..PROMOSI


Dapatkan polisi anda sekarang dan anda akan menerima rebate dan hadiah menarik.



Great Eastern Takaful....Life is Great!!