Wednesday, December 25, 2013

Sayu dan pilu

Beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Pernahkah anda bertanya pada diri anda sendiri adakah anda sempat melihat 2014?Jika ditakdirkan umur tak panjang, adakah wang simpanan dan epf cukup untuk menyara keluarga?atau simpanan itu tadi terpaksa membayar hutang seperti kereta, kredit card dan lain2. Jika senario begitu apa yang tinggal untuk keluarga? sanggupkah anda melihat keluarga anda berada di dalam kesusahan selepas ketiadaan anda disisi mereka? saya nak kongsikan satu cerita yang baru saya terima malam td. sedih, pilu dan terharu. Bergenang air mata tanpa disedari. Cerita ini dikongsikan oleh rakan saya kak Adda dan suaminya Sam menerusi whatsapp group


Sam:-
"Today went to HKL visit Adda's fren admitted last Tuesday and had passed away today at 3.48pm due to internal bleeding in the main arteri in the HEAD. It was so touch as the client is the mother age 38 with three young children with age 5,6,and 7 years old. The children crying non stop calling their mother as they don't know what is DEAD to them..I was there and could not stop my tears when looking at them and what will happen to them next as to them everyday they laugh, play and waiting their mother come back home or wake up in the morning before them..BUT what will happen tomorrow? there is no more beloved mother. Masih terngiang-ngiang rupa arwah, suaminya dan anak-anaknya di dalam benak fikiran saya..Masyaallah.. Dengan izin Allah saya akan uruskan claim beliau dan moga dipermudahkan. saya akan lakukan yang terbaik untuk keluarga beliau " 




Adda:-

"Pernah approach this client b4, tapi dia cakap nanti dlu. Teringat balik 3 tahun lepas that time i was in korea, but 1 minggu b4 ke korea sekali lagi approach through phone n tell what is the benefit and ... 3 days in korea arwah sms nk bli takaful..bila presentation arwah ada menyebut duit ini untuk  family if anything happen to me. Bulan lepas hampir sejam saya enggage dengan arwah discuss dengan dia pasal takaful dia. last friday rec sms from her husband dia akan buat pembedahan dikepala. kasihan melihat anak-anak arwah apabila mereka memeluk arwah seperti terasa saya memeluk anak sendiri dan menenangkannya..husband dia juga mengalirkan air mata"



Alhamdulillah arwah sempat ambil takaful sebelum beliau meninggal. Dapatlah mengurangkan beban suaminya nak menyara 3 orang anaknya. Dulu suami isteri bekerja menyara 3 orang anak. Kini hanya si Suami yang bekerja untuk menyara anak-anaknya. Separuh pendapatan hilang. Dengan taraf hidup dibandar yang sangat mencabar huh bayangkan lah.. Kos hantar anak sahaja dah dekat rm700. Perlu bayar duit rumah lagi duit kereta lagi. Credit card lagi. Tol dah naik, minyak naik, gula dan maca-macam lagi lah. Semualah naik apa yang xnaik?aa..hujan x naik hujan turun hehe..ok ok..saya gurau..pendek kata pening 2014. Tahun yang mencabar. kerana semua barang naik. Tetapi Alhamdulillah dengan duit pampasan yang diterima oleh suami dan anak-anak, Dapatlah meringankan beban keluarga. Dapatlah melangsaikan hutang kereta, credit card dan lain-lain.

Para pembaca, ya dulu ramai orang tidak menggalakkan amik insuran sebab ianya haram tapi kini kita ada takaful yang mana sangat membantu dikala kita susah. Semoga cerita ini sedikit-sebanyak membuka mata kepada anda yang belum memiliki takaful.

Bak kata pencetus Ummah PU Yeop  ada yang menyatakan "Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa membuat persediaan untuk kematiannya.. dan dia sentiasa ingat pada kematian, sekarang kan ada TAKAFUL mencarumla...In shaa allah"

sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 0123224767 sallyna


Life is Great!!


Tuesday, December 24, 2013

Cara-cara untuk menangani hutang

Assalam semua....

Lamanya xpost....dah bersawang-sawang dah blog ni..pejam celik pejam celik 2013 hampir ke penghujungnya..Tinggal beberapa hari lagi sebelum melangkah tahun baru 2014. Apa azam anda semua?
Azam 2013 tertunai x? hehe...hutang-hutang 2013 semakin bertambah ke berkurang? jika bertambah apa gaknya yang boleh membantu mengurangkan hutang anda?

Hari ini saya nak share sedikit bagaimana Nabi Muhammad mengajar kita keluar dari bebanan hutang.

Dibawah adalah doa yang Nabi Muhammad ajar untuk mengatasi masalah hutang. Amalkan setiap pagi dan petang.

maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan dari lemah kemahuan dan rasa malas dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia"

Doa,percaya dan yakin pada allah 100% akan membantu kita keluar dari hutang ni. Akan tetapi doa sahaja belum cukup. Kita juga kene berusaha. Duit takkan datang bergolek selepas kita mengaminkan sesuatu doa.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita 4 langkah yang perlu kita buat untuk keluar dari hutang.

1.Hilangkan perasaan susah dan sedih

Buangkan perasaan negatif. biasanya orang yang dibelenggu hutang ini mempunyai masalah gundah gulana. selalu merungut, termenung sambil berkerut sambil berfikir macammana nak setelkan hutang sampaikan anak panggil pon xdengar.sampaikan anaknya menjerit barula lamunan itu terhenti (tetiba nak nyanyi..lamunan ku terhenti lalalala..) dah tersedar kedunia nyata marah anak pula sebab terjerit-jerit..duiI..kesian anak anak tadi..macammana nak buang perasaan negatif tu?ok terima hakikat..Ya saya berhutang..akui anda mempunyai masalah hutang. Akui kesilapan kewangan yang telah kita buat dan teruskan kehidpan.

2.Tanamkan sifat rajin. 

Selepas berlaku jujur pada diri sendiri maka jadi orang yang rajin. Rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan. Tiada lagi alasan. 

3.Kene jadi lebih berani dan banyak bersedekah.

Ada banyak keadaan yang memerlukan kita jadi lebih berani.

Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji yang rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja ditempat lain.

Bisnes pertama gagal, berani tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain. Yang paling penting ialah berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.

Dan pada masa yang sama banyakkan bersedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.

Ya jangan jadi kedekut bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang. Give first, Earn Later.

4.Bayar hutang dengan sistematik

Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal tadi, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.

Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. kitika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain dengan pelbagai cara dan kaedah.

Ya hadapi mereka dan berbincang secara baik. Pasti ada jalan keluarnya.

Usaha+Doa(Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan.setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.