Sunday, September 15, 2013

Sejarah perkembangan Takaful dan Insuran

Takaful sebenarnya telah lama diamalkan, iaitu sejak zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dalulu lagi.

Pada zaman Nabi, antara system Takaful yang diguna oleh baginda ialah:
a)al-Qasamah (urusan perniagaan) lebih kurang takaful AM
b)al-Aqilah (urusan kebajikan) lebih kurang takaful keluarga

Sistem Takaful ini berkembang pesan dengan kehebatan Empayar Islam, dan mula mengalami proses kemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin.

Apabila Empayar Islam mengalami kemerosotan, system Takaful ini mula lenyap.

Akhirnya, Barat memperkenalkan INSURANS pada kurun ke -15 yang berasaskan konsep jual beli.
(London:1583)

Setelah itu, INSURAN menguasai pasaran dunia hampir 500 tahun!

dan apabila penjajah membawa masuk ke Negara kita, diorang bawa sekali system insurans dari barat ini.

Pada tahun 1979, Negara Sudan - Sebuah Negara Islam yang kecil, melahirkan semula takaful.

Dan pada tahun yg sama, 1979- para ulamak seluruh dunia bersidang bersama pakar-pakar ekonomi Islam termasuk Malaysia. setelah kajian dibuat dengan teliti bersama hujah yang jelas, akhirnya mereka bersepakat mengeluarkan fatwa bahawa INSURANS KONVENSIONAL adalah HARAM dan Takaful adalah dibenarkan.

Tahun 1985 - Akta Takaful 1985 digubal

Tahun 1985 - Syarikat Takaful Malaysia ditubuhkan.

Kesimpulan daripada sejarah ini:

INSURANS : ciptaan Manusia, berkonsepkan "jual-beli" dan perniagaan mengaut keuntungan.

TAKAFUL : Bersumberkan Wahyu, berteraskan nilai-nilai Islam, Tabarru (derma) dan Ta'wun (kerjasama)

Great Eastern Takaful....Life is Great!!