Monday, May 26, 2014

WAJIB BACA KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI ANAK!!


Setelah seharian mengharungi hari yang penuh mencabar, berdepan dengan masalah kerja, client yang demand, komputer yang asik hang' dan tershutdown sendiri,  bos yang bossy, log problem yang menimbun-nimbun, jalan raya yang penuh sesak, huh..sungguh stress..akhinya anda tiba di rumah. Tapi semua itu hilang bila anak kecil yang berusia 3 tahun, berambut kerinting datang berlari melihat muka anda di depan pintu dan berkata "papa,mama!" sambil bercerita dengan penuh exited tentang pengalamannya seharian dirumah pengasuh dengan nada pelatnya.


Masih ingat kejadian yang menimpa 5 beradik yang menjadi yatim piatu dengan serta merta 2 hari lepas?
Bagaimana jika kejadian seperti demikian berlaku kepada keluarga kita? nauzubillaminzalik.....

Andai kata anda tidak dapat pulang pada hari itu untuk selama-lamanya, apakah nasib anak kecil itu?  

Adakah tahun-tahun mendatang dia akan mendapat pendidikan yang sewajarnya untuk dia meneruskan kehidupannya? Adakah ada insan lain yang akan sanggup menghabiskan wang ringgitnya untuk anak itu seperti anda?Dia masih terlalu kecil untuk mengetahui hari-hari mendatang perlu dilalui dengan kepayahan, dengan tiada jaminan bahawa keperluannya akan dipenuhi andai ibu bapanya tidak pulang untuk selama-lamanya pada hari itu.. Dia masih terlalu kecil untuk mengerti..

Jika anda seorang papa atau seorang mama, malam nanti, renunglah wajah anak kecil itu ketika dia sedang tidur. Apa yang sudah anda sediakan untuknya andai anda tiada lagi di sisinya suatu hari nanti?
Ambillah  sebuah pelan perlindungan takaful  yang akan membuktikan cinta dan kasih anda kepada anak kecil itu. Berilah dia apa yang sewajarnya dia miliki meskipun anda sudah tiada lagi di sisinya. Pastikan hari esok dia masih mampu menjamah makanan, mendapatkan baju baru, menyambung pelajarannya dan pastikan dia masih mampu tersenyum kerana mengetahui masa depannya terjamin..

Biarlah anak kecil itu tahu ibu dan bapanya cukup mengasihinya dengan meninggalkan wang yang secukupnya, supaya dia, anak kecil itu, tidak perlu mengemis simpati insan lain demi masa depannya apabila ibu dan bapanya yang amat mengasihinya tidak lagi dapat bersama untuk selama-lamanya…

whatsapp saya di 0123224767 untuk penerangan lanjut tentang bagaimana anda dapat menyediakan hadiah yang tidak ternilai untuk anak kecil anda dengan pelan terbaik daripada Takaful Great Eastern…

No comments: