Friday, May 16, 2014

36 penyakit critical yang dilindungi.

 senarai penyakit yang dilindungi:    
                      
                  
1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari denganminimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3 Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal.

6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor Otak
BenignaTumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau 
hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal 
dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi
Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang
mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk 
melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:
a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari 
satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke 
tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil 
atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing 
dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian p
akaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun 
dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan 
makanan yang telah disediakan.Bagi tujuan Manfaat ini 
perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh 
dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Penyakit 
neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan 
virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang 
dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima 
Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.

13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis 
Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada 
satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda 
berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf 
tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, 
yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom 
Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini 
hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya 
selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota 
badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan 
penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan 
luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan 
penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya 
sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. 
Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan 
diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan 
sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian 
berikut:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau 
bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi 
kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan 
kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat 
penyesuai lain untuk orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini, 
perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk 
sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua 
belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak 
dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang 
penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada 
kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi 
mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik 
disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan 
yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan d
an perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah 
kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) 
dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi
bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, 
semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan 
atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, 
penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing 
dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi 
sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan 
trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah 
satu yang berikut:a) Pemindahan produk darahb) Agen perangsang 
sumsumc) Agen imunosupresifd) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan 
serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau 
pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) 
yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan 
sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut 
tanpa bantuan:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau 
bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi k
encing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan 
kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat 
penyesuai lain bagi orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini 
perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh 
dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya 
dua puluh peratus (20%)Permukaan tubuh25. Pemindahan Organ 
UtamaMenjalani pemindahan, sebagai penerima jantung 
(termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau 
sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau 
apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik 
bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada i
tu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang
dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan 
oleh semua yang berikut:
a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)EnsefalopatiPenyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol 
atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang 
teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik 
berikut hendaklah dipenuhi:
a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya 
rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara 
mendadak;
d)Demam kuning yang semakin teruk.Walau bagaimanapun, 
diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah  melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat 
daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :
a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan;
b)Perubahan baru  elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh 
makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang 
menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru 
telah berlaku. Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak 
diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia 
dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam 
enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus 
tidak termasuk.

30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau 
memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau 
keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh 
pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, 
yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, 
valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak 
ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk 
katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh 
pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan 
Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan 
Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila 
kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan 
tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang 
menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus 
yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan  perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia 
neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, 
tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma 
atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau
 saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota 
tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh 
akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 
enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru-Paru
KronikKegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit 
paru- paru intersitial kronik.Kriteria berikut mestilah dipatuhi:a)
Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak 
melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama 
hembusan nafas secara paksaan); danb)Analisis Gas Darah Arterial 
dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; danc)
Dsypnoea semasa berehat.

36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding 
yang terdiridaripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut.

No comments: