Monday, March 3, 2014

STROK HABA | HEAT STROKE




Sedikit perkongsian mengenaik Strok Haba. Petikan diambil dari berita harian :

Rakyat diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘heat stroke’ atau ‘strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah Celcius

Antara tanda awal terkena strok haba:
  • sakit kepala berdenyut
  • mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • denyutan nadi yang pantas. 

Tanda-tanda lain :
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan
  • pitam

Beliau berkata, suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa maut.


Jabatan Meteorologi sebelum ini menyatakan, keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata, pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas, di samping kurang minum air dan kekurangan air dalam badan antara punca strok haba.


Beliau menyarankan beberapa langkah segera diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
“Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
“Pesakit boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan dan menyejukkan badan,” katanya.
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter satu hari. - BERNAMA



Takaful Great Eastern..Life is Great!!

No comments: