Tuesday, December 24, 2013

Cara-cara untuk menangani hutang

Assalam semua....

Lamanya xpost....dah bersawang-sawang dah blog ni..pejam celik pejam celik 2013 hampir ke penghujungnya..Tinggal beberapa hari lagi sebelum melangkah tahun baru 2014. Apa azam anda semua?
Azam 2013 tertunai x? hehe...hutang-hutang 2013 semakin bertambah ke berkurang? jika bertambah apa gaknya yang boleh membantu mengurangkan hutang anda?

Hari ini saya nak share sedikit bagaimana Nabi Muhammad mengajar kita keluar dari bebanan hutang.

Dibawah adalah doa yang Nabi Muhammad ajar untuk mengatasi masalah hutang. Amalkan setiap pagi dan petang.

maksudnya : "Ya Allah, aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan dari lemah kemahuan dan rasa malas dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia"

Doa,percaya dan yakin pada allah 100% akan membantu kita keluar dari hutang ni. Akan tetapi doa sahaja belum cukup. Kita juga kene berusaha. Duit takkan datang bergolek selepas kita mengaminkan sesuatu doa.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita 4 langkah yang perlu kita buat untuk keluar dari hutang.

1.Hilangkan perasaan susah dan sedih

Buangkan perasaan negatif. biasanya orang yang dibelenggu hutang ini mempunyai masalah gundah gulana. selalu merungut, termenung sambil berkerut sambil berfikir macammana nak setelkan hutang sampaikan anak panggil pon xdengar.sampaikan anaknya menjerit barula lamunan itu terhenti (tetiba nak nyanyi..lamunan ku terhenti lalalala..) dah tersedar kedunia nyata marah anak pula sebab terjerit-jerit..duiI..kesian anak anak tadi..macammana nak buang perasaan negatif tu?ok terima hakikat..Ya saya berhutang..akui anda mempunyai masalah hutang. Akui kesilapan kewangan yang telah kita buat dan teruskan kehidpan.

2.Tanamkan sifat rajin. 

Selepas berlaku jujur pada diri sendiri maka jadi orang yang rajin. Rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan. Tiada lagi alasan. 

3.Kene jadi lebih berani dan banyak bersedekah.

Ada banyak keadaan yang memerlukan kita jadi lebih berani.

Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji yang rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja ditempat lain.

Bisnes pertama gagal, berani tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain. Yang paling penting ialah berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.

Dan pada masa yang sama banyakkan bersedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.

Ya jangan jadi kedekut bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang. Give first, Earn Later.

4.Bayar hutang dengan sistematik

Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal tadi, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.

Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. kitika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain dengan pelbagai cara dan kaedah.

Ya hadapi mereka dan berbincang secara baik. Pasti ada jalan keluarnya.

Usaha+Doa(Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan.setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.





No comments: