Saturday, October 19, 2013

Betapa pentingnya takaful pada Anda!!!

Assalam dan selamat pagi semua...terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Moga-moga entry kali ini memberi manfaat kepada semua. Hari ini saya nk share tentang 1 peristiwa yang telah berlaku pada saya petang semalam. Peristiwa yang telah pon menjadi kenangan. Pertemuan diantara saya bersama 2 orang ex-colleague. Salah seorang ex-colleague itu adalah client saya. Pada awalnya pertemuan itu adalah untuk mendapatkan signature sahaja supaya monthly payment policy Takaful Great Easternnya dapat dipotong dari akaunnya terus.

Dipendekkan cerita, setelah selesai pertemuan itu saya menghantar salah seorang daripada ex-colleague ke office. Dalam perjalanan, kami berbual kosong. 'Aku dah ada takaful, baru ambil' katanya. Alhamdulillah, lega bila saya mendengarnya. Saya betul2 nak membantu, memberi kesedaran betapa pentingnya insuran takaful dalam hidup kita. Lagi2 pada mereka yang seagama. sebab dalam Islam bayar hutang itu adalah wajib untuk dilunaskan.

Saya tanya pada dia takaful apa yang dia pilih? dia kata dia ambil takaful xxx..ok.. kemudian saya tanya lagi 'eh..xcompare ke proposal yang aku bagi dengan takaful yang baru diambil ini?' dia cakap 'dah..dan mmg diakui policy yang diambil itu lebih rendah benefitnya daripada Takaful Great Eastern'. saya tanya semula 'kenapa amik yang itu?' reasonnya hanya sebab dia still single dan dia masih bekerja, tak mahu pk masa hadapan yang belum pasti kemana arah tuju dan tiada next of kin, tak tahu siapa yang akan jadi perwaris nanti sebab still single lg dan reason utama adalah disebabkan jika berlaku apa2 pada dirinya, dia hanya akan gunakan insuran company dan insuran takaful ini sebagai backup. oh lupa pula satu lagi reason agen takaful itu adalah rakan karibnya. Saya akui sahabat saya itu boleh dikatakan kerjayanya bagus dan stabil.

Dan disebabkan reason2 itu saya hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Saya menghormati dengan keputusannya. hurm, tapi bila difikirkan semula entah kenapa ketika itu saya lebih rela membuka cerita lain dan membiarkan dia dengan kata2nya.

Kepada semua pembaca, khususnya yang still single, samada anda lelaki atau perempuan jika anda berfikiran seperti sahabat saya tadi, apa kata saya beri pendapat saya pula. Mana tau mungkin akan dapat mengubah persepsi anda pada konsep takaful ini sendiri yang menjadikan insuran takaful sebagai backup :)

Tujuan takaful sebenarnya adalah untuk membantu dari segi kewangan diwaktu kecemasan.
bagi anda yang masih single saya nk bertanya, jika dalam 5 tahun ini anda masih belum ditemukan jodoh oleh Allah dan jika dalam 5 tahun ini allah beri ujian yang mana anda di timpa sakit kritikal Adakah anda rasa company boleh menanggung anda sehingga akhir hayat? sudah pasti dalam 1 tahun, setiap company mempunyai limit cuti dan kebiasaannya max cuti adalah sehingga 60 hari.
Apakah yang akan anda lakukan jika anda diberitahu anda terpaksa diberhentikan kerja atas sebab anda tidak dapat perform dan company tidak mampu untuk menyimpan anda lagi? Apa yang anda akan cari untuk menampung kos kehidupan anda. sekiranya anda biasa mendapat gaji tiap2 bulan 4 hingga 6 ribu sebulan tiba-tiba, di saat anda diberhentikan, anda sudah tiada lagi sumber pendapatan. Kepada siapa yang anda akan cari?minta pertolongan  parent untuk tanggung kehidupan anda?mengharapkan pampasan takaful yang begitu rendah? medical benefit yang sedikit untuk setiap tahun?cuba anda fikirkan jika anda tidak mampu bekerja. takaful bukanla sekadar backup insuran company sahaja, ianya adalah perlindungan anda seumur hidup. dan cuba fikirkan adakah anda akan bekerja sehingga akhir hayat untuk mendapatkan insuran company?

Disini saya nak kongsikan link entry yang saya pernah post sebelum ini berkenaan tips-tips memilih takaful yang bagus(http://takeurstep.blogspot.com/2013/05/tips-tips-memilih-plan-insuran.html). Moga dapat membantu anda dalam membuat keputusan In shaa Allah. Pilih yang terbaik kerana takaful ialah perlindungan seumur hidup dan komitment sepanjang hayat (selagi masih mampu bekerja)

sebarang kemuskilan atau pertanyaan jangan segan silu untuk bertanya. In shaa Allah saya akan membantu sedaya upaya :)

012-3224767 sallyna

Great Eastern Takaful..life is great!!








No comments: