Thursday, March 27, 2014

Wajib baca bagi mereka yang baru nk berjinak-jinak dengan kad kredit!!

Perlukah Kad Kredit atau Batalkan sahaja?


Ikuti beberapa panduan untuk Membantu Anda Menjawab Soalan “Wajarkah saya terus memiliki kad kredit dan membayar RM50 cukai perkhidmatan atau patutkah saya batalkan sahaja kad kredit tersebut?”

Walaupun setiap tahun Bajet tahunan telah diumumkan oleh Perdana Menteri / Menteri Kewangan Malaysia, namun pelaksanaan cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50 terus menjadi perbincangan hangat di kalangan rakyat Malaysia. Soalan yang kerap kali diajukan ialah: “Wajarkah saya terus memiliki kad kredit dan membayar RM50 cukai perkhidmatan atau patutkah saya batalkan sahaja kad kredit tersebut?”

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang harus diketahui semasa mempertimbangkan sama ada untuk membatalkan atau terus memiliki kad kredit. Setelah membaca artikel ini, anda bolehlah mempertimbangkan kelebihan dan kekurangan yang ada pada kad kredit dan kemudiannya membuat keputusan sendiri sama ada untuk terus memiliki atau membatalkan kad kredit yang dimiliki.
KELEBIHAN
                                     
  "senyuman mcm ni la saya dulu ble tang nk guna credit card"

 

• Kad kredit boleh digunakan pada waktu kecemasan. Contohnya, jika anda mendapatkan rawatan di hospital persendirian, kebiasaannya pihak hospital akan meminta bayaran pendahuluan. Kad kredit boleh membantu apabila anda berdepan dengan situasi sebegini. 

• Kad kredit lebih mudah dan praktikal untuk dibawa berbanding dengan wang tunai.

• Syarikat-syarikat kad kredit sudah tentu akan cuba sedaya upaya mereka untuk mengekalkan anda sebagai pelanggan. Mereka mungkin akan menawarkan pelbagai bonus baru, ganjaran serta insentif supaya anda terus menggunakan kad kredit mereka. Lebih menarik lagi, ada juga bank yang membenarkan pelangannya menggunakan mata ganjaran yang dikumpul untuk melangsaikan cukai perkhidmatan kad kredit itu.

• Kad kredit membolehkan anda membuat pembelian melalui Internet. Jika anda kerap membeli-belah secara dalam talian (online), anda pasti tahu bahawa salah satu cara pembayaran yang sering diterima ialah penggunaan kad kredit.

• Fungsi auto-debit melalui kad kredit memudahkan anda untuk membayar bil dari rumah. Ini kerana bukan semua orang mempunyai masa untuk pergi ke bank/pejabat pos/pusat pembayaran bagi membuat pembayaran.

KEKURANGAN
                                                           
  "Pah tu ble dah dapat bil camni...erk...sekarang berusaha untuk melangsaikan sket je lg sket je    
   lg..berusaha.."

• Kegagalan menguruskan hutang kad kredit dengan baik boleh mengundang pelbagai masalah, termasuklah kebankrapan. Sebuah bank terkemuka telah menjalankan kaji selidik tentang tabiat perbelanjaan rakyat Malaysia dan mendapati hanya 28% rakyat mematuhi bajet yang dibuat. Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia pula mendedahkan bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada mereka di bawah umur 30 tahun. 

• Jika kad kredit dicuri atau nombor PIN jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya, anda mungkin terpaksa menanggung hutang kad kredit yang banyak. 

• Kad kredit biasanya memberikan anda mata ganjaran yang kemudiannya boleh digunakan untuk menebus pelbagai hadiah menarik. Namun, jangan lupa bahawa anda perlu banyak berbelanja untuk mengumpul mata ganjaran tersebut. Situasi sebegini boleh mendorong anda berbelanja melebihi kemampuan, semata-mata kerana ingin mengumpul mata ganjaran dan memperoleh hadiah yang diidamkan.

• Oleh kerana anda tidak perlu menggunakan wang tunai sendiri tetapi sekadar sekeping kad untuk membeli barang, ramai yang cenderung membeli barang yang tidak perlu. Lebih teruk lagi, mereka beranggapan bahawa mereka "mampu” untuk membeli barangan yang mahal, sedangkan situasi kewangan mereka adalah sebaliknya. 

• Biarpun jarang menggunakan kad kredit, anda masih perlu membayar cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad setahun dan ini sudah pastinya merugikan. Selain itu, syarikat kad kredit akan mengenakan pelbagai jenis caj bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Walaupun ada syarikat yang menawarkan yuran tahunan percuma sepanjang hayat, ia biasanya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkannya sahaja.

• Purata kadar faedah yang dikenakan oleh bank untuk penggunaan kad kredit ialah 18% setahun. Hakikatnya, lebih lama masa yang diambil untuk membayar hutang kad kredit, lebih banyaklah wang yang perlu dibayar kepada pihak bank!

• Yuran dan caj yang bakal dikenakan – Ingatlah bahawa bank atau syarikat kad kredit juga akan mengenakan yuran pembayaran lewat (serta yuran-yuran lain) sekiranya anda gagal menjelaskan hutang kad kredit dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bayaran-bayaran sebegini pastinya membebankan anda dalam jangka masa panjang.


Kesimpulan

Kini, anda sepatutnya mempunyai gambaran dan idea yang lebih jelas berkaitan persoalan sama ada untuk terus memiliki atau pun membatalkan sahaja kad kredit yang dimiliki. Walau apapun keputusan anda, berikut adalah beberapa panduan mudah yang perlu diingati ketika menggunakan kad kredit:

1. Baca dan fahami terma dan syarat penggunaan kad. Elakkan kad kredit yang mengenakan yuran tahunan atau yuran lain yang tidak wajar. Berhati-hati dengan yuran tahunan yang mempunyai syarat yang membebankan seperti “Tiada yuran tahunan dikenakan jika anda berbelanja RM500 sebulan untuk petrol/barang harian”. 

2. Gunakan satu kad kredit sahaja untuk tujuan kecemasan dan jangan lupa membandingkan kadar faedah sebelum mendaftar untuk kad kredit.

3. Pastikan anda sentiasa melangsaikan hutang kad kredit secepat mungkin.

4. Tetapkan had kredit untuk diri sendiri. Dengan menetapkan had perbelanjaan yang berpatutan berdasarkan pendapatan anda, masalah hutang yang membebankan boleh dielakkan berbanding mereka yang tidak menetapkan had perbelanjaan.

Sentiasa ingat bahawa kad kredit hanyalah suatu instrumen kewangan yang disediakan oleh pihak bank. Manakala, ia bukan instrumen untuk berhutang. Ia boleh membawa kebaikan dan keburukan, jadi terpulanglah kepada anda untuk menilai keperluan memilikinya serta penggunaanya dengan sebaik mungkin.

(Artikel dipetik dari Pelabur Malaysia)

Tuesday, March 25, 2014

Al-fatihah untuk crew dan penumpang MH370

Assalamualaikum....hari ini seluruh rakyat malaysia dan juga diseluruh dunia diselubungi perasaan sedih..
Pengumuman yang di buat oleh perdana menteri kita pada pukul 10 malam tadi, mengenai status pesawat MH370 kini berakhir di lautan hindi.. Penantian selama 17 hari berakhir dengan satu berita yang sangat memilukan.


Salam takziah saya ucapkan kepada semua ahli keluarga crew dan penumpang MH370.
Allah lebih sayangkan mereka. Setiap apa yang terjadi pasti akan ada hikmah disebaliknya.


Marilah sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada penumpang pesawat MH370 yang beragama islam. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Innalillahi wainna ilaihirrojiun....




Monday, March 24, 2014

WAJIB BACA!! BAGI PENCARI NAFKAH KELUARGA - CLAIM TAKAFUL GREAT EASTERN MARCH 2014

Assalamualaikum..selamat tengahari....perkongsian untuk hari ini..moga2 memberi manfaat kepada kita semua.

Pada 17 feb saya ada post perkongsian daripada manager saya. Boleh lihat link ini : http://takeurstep.blogspot.com/2014/02/ajal-maut-di-tangan-allah.html

Gambar dibawah adalah cek dari Takaful Great Eastern kepada isteri Arwah.
Pampasan bernilai RM328,179.82. Tarikh date cek dikeluarkan pada tarikh 13 hb 03 2014.


Syukur alhamdulillah arwah suami tidak melupakan tanggungjawabnya walaupun setelah meninggalkan keluarga untuk selama-lamanya. Arwah tidak membebankan si isteri dengan hutang yang masih belum dilangsaikan. Dengan adanya pampasan takaful,  si isteri dapat melangsaikan hutang arwah dan menjadikan sebahagiannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan untuk menyara anak-anak. Bukan mudah tau untuk si isteri  memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dalam satu masa, menjadi ibu tunggal membesarkan anak2 di tengah-tengah kesibukan ibukota.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Bayangkan jika anda ditempat di tempat beliau? mana nak bekerja, mana nak uruskan anak-anak yang masih kecil. Bila mengenangkan dulu hanya menguruskan anak-anak shj, kini beliau perlu mengambil alih tugas suaminya sebagai pencari rezeki untuk keluarga.

Ya Allah, moga kau kurangkan la bebanan beliau Ya Allah. kau bantulah beliau, semoga beliau kuat demi anak-anaknya.

Kepada anda yang membaca post ini, yang masih belum memiliki takaful, rancanglah sesuatu untuk keluarga anda. Jika anda bergelar suami atau isteri atau anak yang menjadi harapan dan menjadi pencari nafkah untuk keluarga, saya merayu buatlah simpanan untuk keluarga yang anda cintai. Kurangkanlah beban mereka setelah ketiadaan anda. Hanya menyimpan SERENDAH RM3 sehari, anda mampu mengubahnya,
 In shaa allah.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, whatsapp atau smskan ke no 0123224767 dan In shaa Allah saya akan jawab persoalan anda. Takaful adalah salah satu cara untuk membantu merancang kewangan anda. Kenapa Allah beri konsep takaful dan datangkan kepada kita? fikir2kan.. Allah dari beri petunjuk. Terpulang pada kita bagaimana untuk menggunakannya..



Takaful Great Eastern...Life is Great!!

Monday, March 17, 2014

Kesedaran Takaful dalam kalangan Melayu

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Perkongsian untuk pagi ini...

Petikan dari : 
http://m.utusan.com.my/Ekonomi/20140314/ek_04/Kesedaran-Takaful-dalam-kalangan-melayu


Penulis: Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad


SKIM Takaful merupakan satu konsep saling tolong-menolong yang dilaksanakan secara sistematik. Peserta membuat caruman berdasarkan kontrak Tabarru’ (sedekah) ke dalam satu dana bertujuan untuk membantu antara satu sama lain sewaktu kesusahan.

Konsep ini amat bertepatan dengan syariah dan bersesuaian de­ngan cara hidup orang Melayu yang mementingkan sikap tolong-menolong. Walaubagaimanapun, sikap ini gagal diterjemahkan dengan sempurna dengan melihat kepada kadar penembusan penyertaan dalam Takaful masih lagi rendah berbanding insu­rans konvensional.
Seperti yang diketahui, budaya tolong menolong telah sebati de­ngan jiwa masyarakat Melayu sejak dari dahulu lagi. 

Malangnya, amalan ini semakin pudar apabila masyarakat Melayu semakin ramai yang berhijrah ke bandar disebabkan oleh kesibukan mencari rezeki yang semakin hari semakin mencabar. Akhirnya, sikap ini amatlah kurang diamalkan dan semakin hilang ditelan zaman dan arus kemodenan.

Melihat kepada keadaan ini, kita seharusnya memainkan peranan penting dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran masyarakat Melayu mengenai kepentingan tolong- menolong dan seterusnya dapat membantu perkembangan industri Takaful.

Dalam mempercepatkan per­kem­bangan Takaful, kita juga harus menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai kepenti­ngan amalan menabung walaupun bermula dengan jumlah yang kecil. Tabungan ini perlu dilakukan dengan disiplin dan teratur supaya menjadi pendidikan kepada kita dalam menjaga kemaslahatan masa hadapan.

Melihat kepada kadar penyer­taan Takaful yang rendah dan kurangnya disiplin pembayaran caruman yang menyebabkan sijil takaful luput, dapat dirumuskan bahawa disiplin tabungan dalam kalangan masyarakat Melayu agak rendah dan membimbangkan. Perkara ini menjadi semakin rumit kerana ibu bapa kini lebih senang menabung bagi pihak anak-anak dengan memasukkan duit ke dalam akaun mereka secara bulanan.

Walaupun perbuatan tersebut tidak salah tetapi sedikit seba­nyak telah mengurangkan nilai-nilai menabung dalam diri anak-anak kerana tidak melakukan sebarang tabungan dengan menggunakan duit perbelanjaan mereka sendiri. Ibu-bapa tidak lagi menyokong tabiat menabung tetapi telah mengambil jalan singkat dengan membuat tabungan bagi pihak mereka.

Perkembangan Takaful akan terbantut selagi dua elemen pen­ting iaitu sikap tolong-menolong dan amalan menabung tidak dapat dite­rapkan secara menyeluruh dalam masyarakat Melayu kerana konsep tersebut adalah perkara asas kepada skim Takaful.

PRAY FOR MH370


8 Mac 2014, 1 fenomena yang telah mengejutkan seluruh dunia berlaku di negara kita, Malaysia. Kapal terbang MH370 hilang dalam sekelip mata dari radar. Pelbagai spekulasi dan andaian yang dibuat dan disebarkan menerusi blog-blog, fb, whatsapp and even dlm tv station. Sedih dan risau atas keselamatan penumpang dan crew2 kapal.

mari kita sama-sama mendoakan semoga MH370 kembali dengan selamat. "Ya allah kau permudahkan kami mencari MH370, Ya Allah semoga mereka semua masih selamat, bantulah kami Ya Alllah, amin..amin ya robbal alamin.."

Monday, March 3, 2014

ANAK, MOTOSIKAL DAN HOSPITAL

Assalamualaikum..dan selamat petang..

hujan lebat kt luar..dah beberapa hari xhujan..syukur alhamdulillah..sejuk sedikit...moga2 catatan air di empangan naik semula..petang ni saya nak kongsikan satu cerita yang dikongsikan oleh senior saya kejadian ini berlaku 2 minggu lepas. Patutnya saya share perkara ni 2 mgu yang lepas tapi disebabkan saya teramat bz saya sharekan cerita ini hari ini. Moga ia nya menjadi iktibar kepada kita semua.


" Smekom sally, awak buat apa tu?bz ke?akak sedih betul..menggigil pon ada.." saya tanya kenapa? "awak tau, akak pergi rumah pakcik akak, anaknya accident motor, teruk, T4 dan T5 hancur. Kena masuk besi, emergency operation kene bayar RM13,000-upfront tuh..klo xbayar xbleh operate. sbb spare part semua kene bayar sendiri gov xtanggung.Ini hospital kerajaan nih.Hospital sg buloh..


Astagfirullahalazim..akak rasa terkilan sangat..sedihnya..sally awk bayangkan..kita berusaha bersungguh-sungguh create awareness dan memberi pertolongan disaat mereka diluar sana memerlukan pertolongan kita. tapi pakcik akak sendiri..akak xmampu nak tolong..akak xsempat nak meyakinkan dia untuk ambil perlindungan takaful dan awak tau selama 3 hari anaknya terpaksa tahan sakit dengan hanya makan paint killer. sebb hanya selepas 3 hari duit rm13,000 baru dpt dikumpulkan. pakcik akak tu kerja gomen. Dia pernah cakap kt akak gomen cover semua lagipon kerja gomen dpt special treat tak macam org luar. Dia ingatkan xdelah bayar mahal sangat..tapi nak buat macammana benda dah jadi. tahun ni anaknya umur 23 tahun so gomen dah xcover. so segala duit simpanan dikeluarkan biaya kos rawatan anaknya"


Mendengarkan kata-kata kak hanim itu...ya allah meremang bulu roma saya. Kita xtau apa yang akan berlaku pada kita. Kalaulah pakcik kak hanim tadi ada insuran takaful, dah xperlu dah pakcik tadi keluarkan semua duit simpanannya yang berpuluh-puluh tahun menyimpan. Kepada anda diluar sana, adakah anda sudah mempunyai perlindungan takaful? Jika belum inilah masanya. Semasa anda sihat semasa anda masih mampu bekerja, rancanglah kehidupan anda. Mengapa Islam wujudkan konsep Takaful? fikir-fikirkan. semua Allah beri ada sebab. Pilihan ditangan anda. Kita merancang dan Allah yang menentukan.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara



sebarang pertanyaan boleh sms,we chat or whatsapp saya 0123224767.


Takaful Great Eastern..Life is Great!!

STROK HABA | HEAT STROKE




Sedikit perkongsian mengenaik Strok Haba. Petikan diambil dari berita harian :

Rakyat diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘heat stroke’ atau ‘strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah Celcius

Antara tanda awal terkena strok haba:
  • sakit kepala berdenyut
  • mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • denyutan nadi yang pantas. 

Tanda-tanda lain :
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan
  • pitam

Beliau berkata, suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa maut.


Jabatan Meteorologi sebelum ini menyatakan, keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata, pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas, di samping kurang minum air dan kekurangan air dalam badan antara punca strok haba.


Beliau menyarankan beberapa langkah segera diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
“Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
“Pesakit boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan dan menyejukkan badan,” katanya.
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter satu hari. - BERNAMA



Takaful Great Eastern..Life is Great!!

Delivery time...

Assalamualaikum...terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..hampir 2 minggu saya xupdate..2 minggu yang sangat bz...macam-macam dugaan berlaku dibulan febuary..tetapi syukur kepada Allah semuanya berjalan dengan lancar.

Tahniah saya ucapkan kepada tuan puan yang layak memiliki takaful insuran..Ini adalah sebahagian yang tinggal untuk process penghantaran untuk bulan feb 2014. Terima kasih atas kepercayaan semua, kerana memilih saya menjadi agen tuan puan dan In shaa allah saya akan pegang amanah tuan puan.



Kepada anda diluar sana yang masih belum memiliki perlindungan takaful investment link, jika anda masih tidak tahu apa itu takaful dan apa ia boleh buat dan bagaimana ia akan membantu anda contact saya.
In shaa allah saya akan cuba jawab segala soalan anda. 

whatsapp,we chat, sms ke no 0123224767




Takaful Great Eastern....Life is Great!!