Assalamualaikum dan selamat pagi..
Perkongsian untuk pagi ini...
Petikan dari :
http://m.utusan.com.my/Ekonomi/20140314/ek_04/Kesedaran-Takaful-dalam-kalangan-melayu
Penulis: Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad
SKIM Takaful merupakan satu konsep saling tolong-menolong yang dilaksanakan secara sistematik. Peserta membuat caruman berdasarkan kontrak Tabarru’ (sedekah) ke dalam satu dana bertujuan untuk membantu antara satu sama lain sewaktu kesusahan.
Konsep ini amat bertepatan dengan syariah dan bersesuaian dengan cara hidup orang Melayu yang mementingkan sikap tolong-menolong. Walaubagaimanapun, sikap ini gagal diterjemahkan dengan sempurna dengan melihat kepada kadar penembusan penyertaan dalam Takaful masih lagi rendah berbanding insurans konvensional.
Seperti yang diketahui, budaya tolong menolong telah sebati dengan jiwa masyarakat Melayu sejak dari dahulu lagi.
Malangnya, amalan ini semakin pudar apabila masyarakat Melayu semakin ramai yang berhijrah ke bandar disebabkan oleh kesibukan mencari rezeki yang semakin hari semakin mencabar. Akhirnya, sikap ini amatlah kurang diamalkan dan semakin hilang ditelan zaman dan arus kemodenan.
Melihat kepada keadaan ini, kita seharusnya memainkan peranan penting dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran masyarakat Melayu mengenai kepentingan tolong- menolong dan seterusnya dapat membantu perkembangan industri Takaful.
Dalam mempercepatkan perkembangan Takaful, kita juga harus menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan amalan menabung walaupun bermula dengan jumlah yang kecil. Tabungan ini perlu dilakukan dengan disiplin dan teratur supaya menjadi pendidikan kepada kita dalam menjaga kemaslahatan masa hadapan.
Melihat kepada kadar penyertaan Takaful yang rendah dan kurangnya disiplin pembayaran caruman yang menyebabkan sijil takaful luput, dapat dirumuskan bahawa disiplin tabungan dalam kalangan masyarakat Melayu agak rendah dan membimbangkan. Perkara ini menjadi semakin rumit kerana ibu bapa kini lebih senang menabung bagi pihak anak-anak dengan memasukkan duit ke dalam akaun mereka secara bulanan.
Walaupun perbuatan tersebut tidak salah tetapi sedikit sebanyak telah mengurangkan nilai-nilai menabung dalam diri anak-anak kerana tidak melakukan sebarang tabungan dengan menggunakan duit perbelanjaan mereka sendiri. Ibu-bapa tidak lagi menyokong tabiat menabung tetapi telah mengambil jalan singkat dengan membuat tabungan bagi pihak mereka.
Perkembangan Takaful akan terbantut selagi dua elemen penting iaitu sikap tolong-menolong dan amalan menabung tidak dapat diterapkan secara menyeluruh dalam masyarakat Melayu kerana konsep tersebut adalah perkara asas kepada skim Takaful.

No comments:
Post a Comment