Thursday, October 17, 2013

MRTA vs MLTA

Masih ramai lagi yang tidak tahu apa itu MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.

Biar saya terangkan secara ringkas. Umumnya ia berkenaan insuran perlindungan terhadap loan rumah. Jangan tersilap, kebanyakan orang ingat, itu adalah insuran rumah. Actually ianya adalah perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam(pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia ataupun hilang upaya kekal.

MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT adalah hampir sama tetapi tak serupa.

1)MLTT - Mortage Level Term Takaful
2)MRTT - Mortage Reducing Term Takaful
3)MLTA - Mortage Level Term Assurance
4)MRTA - Mortage Reducing Term Assurance

perbezaan yang kita boleh nampak di sini ialah perkataan Takaful, Assurance, Level dan Reducing

Takaful vs Assurance.
Takaful - syariah compliance
Assurance - conventional.

Level vs Reducing
Level - Jumlah perlindungan berkadar rata atau sama disepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa Reducing - jumlah perlindungan berkurang mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan.

Masih samar-samar? Mari kita lihat perbezaan MLTT dan MRTT secara gambaran pula, mungkin lebih jelas In shaa Allah :)

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris akan mendapat wang lebihan sebanyak 
RM100,000 + nilai tunai(investment) setelah baki pinjaman diselesaikan oleh pengendali takaful kepada pihak bank.

Apabila berlaku risiko pada tahun ke-10, waris tidak menerima sebarang wang selepas baki pinjaman 
diselesaikan oleh pengendali takaful

Kenapa ada Reducing atau Level? Yang ni pada dasarnya sebagai memberi pilihan kepada peminjam mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Boleh dikatakan, jenis Level mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding yang Reducing. Perbezaan antara Reducing dan Level boleh dilihat melalui jadual berikut


Jika anda mahukan quotation untuk MLTT dari Great Eastern Takaful, boleh call, whatsapp,we chat saya di 012-3224767 - sallyna

Great Eastern Takaful..life is great!!



No comments: