beza yang utama ialah niat lah.
Dalam insuran kte beli, cover untuk diri kita sahaja tapi takaful berbeza. Dalam takaful, kita sumbangkan duit dlm fund dan niat ialah untuk menolong orang lain yang sama-sama contribute dlm fund ni. xberapa paham? ok ni contoh senarionya.. siti dan laila membeli kereta dan memiliki takaful. Dan nak dijadikan cerita laila accident. Laila akan dapat duit dari fund tadi which is duit siti dan orang lain yg contribute to the fund. macam tu la lebih kurang ringkasannya.
Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang
polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.
Jadual berikut adalah beberapa perbezaan antara insurans dan takaful
INSURANS | TAKAFUL |
Kontrak Jual Beli | Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan. |
Peserta membayar premium kepada syarikat insurans | Peserta membuat caruman ke dalam takaful. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim takaful. |
Syarikat insurans bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya | Syarikat Takaful bertindak sebagai pemegang amanah dan membayar manfaat daripada kumpulan wang peserta |
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah | Pelaburan kumpulan wang Takaful hanya dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah |
Wang peserta dianggap wang syarikat insurans dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh peserta. | Wang peserta tidak dikira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh syarikat |
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari lebihan untung | Lebihan untung dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada peserta |
Dengan penggunaan derma ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur riba’ gharar dan maisir
Jadual in di petik dari sumber : http://ustazsaifudin.wakaf.org/v1/2011/12/19/beza-takaful-dan-insurans/
Great Eastern Takaful....Life is Great!!
Great Eastern Takaful....Life is Great!!