bila difikirkan balik berasaskan kepada fakta-fakta masa hadapan, Ini adalah jawapan saya.
1- Jika kita ditakdirkan umur panjang, kita akan menjadi tua suatu hari nanti.
Kita mempunyai simpanan dan tidak perlu membebankan anak-anak dengan menyediakannya
terlebih dahulu dengan kadar sumbangan bulanan yang cukup minima.
2-Dengan umur yang meningkat, kos penjagaan kesihatan atau perubatan akan semakin bertambah. Tambahan lagi, pelbagai penyakit atau wabaK pada masa kini. Untuk rawatan yg terkini bermakna kosnya juga adalah tinggi.
3-Kadar inflasi akan menyebabkan kos perubatan semakin meningkat pada masa akan datang.
sbg contoh mahu tak mahu sekeping roti canai xboleh lagi diperolehi dengan harga 50sen
Apakah yang akan berlaku dalam tempoh 20 tahun akan datang? Begitu juga yang akan berlaku dengan kos rawatan hospital.
4-kita pasti pada masa hadapan hanya mereka yang tua dan berpenyakit akan terbela dan mampu dirawat oleh mereka yang sihat, bekerja. Maka membuat persediaan pelan
takaful bermula pada tika dan saat ini.
5-Pelan perlindungan yang diberikan adalah sehingga berumur 99 tahun di mana
keperluan takaful adalah sangat diperlukan pada tempoh ini.
6-manfaat perlindungan yang diberikan oleh majikan adalah cukup terhad dan diberikana hanya ketika anda berkhidmat dengan majikan sahaja.
7-setiap sumbangan yang dibuat ke atas pelan takaful diberi pelepasan cukai oleh kerajaan
secara tidak langsung, kepentingan diti dan keluarga diberikan perhatian terlebih dahulu.
8-penyakit yang bakal dihidapi diri sendiri atau keluarga tidak akan menunggu sehingga kita atau keluarga terlebih dahulu mendapatkan persediaan kos rawatan perubatan.
9- saya menyertai pelan takaful link adalah kerana ianya adalah takaful berkaitan pelaburan yang menggabungkan perlaburan dan perlindungan takaful. sumbangan ini akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh syariah. Secara tidak langsung, ini membolehkan anda menerima pulangan yang lebih baik sekiranya anda bercadang untuk mempunyai matlamat smpanan jangka panjang.
10-saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma sekiranya saya tidak menggunakannya pada hari ini saya halalkan sumbangan ni untuk digunakan kepada peserta takaful yang memerlukan. Inilah salah satu yang dapat saya lakukan untuk membantu saudara saya yang lain. mudah-mudahhan Allah memberi keberkatan dan dimurahkan lagi rezeki.
Adakah anda berfikiran seperti saya? Jika ya dan anda masih belum mempunyai takaful dan ingin mendapat keterangan lanjut whatsapp saya 0123224767.
in shaa allah saya akan membantu.
Takaful Great Eastern..Life is Great!!
No comments:
Post a Comment