senarai penyakit yang
dilindungi:
1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding
Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri
koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi
bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium
dikecualikan.
2. Penyakit Arteri Koronari yang
Serius
Pengecilan lumen bagi
sekurang-kurangnya tiga arteri koronari denganminimum tujuh puluh lima peratus
(75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.
3 Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap
jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung
dan valvatomi dikecualikan secara khusus.
4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang
berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit
dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.
5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding
kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel
beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal.
6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang
mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan
oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis
akibat jangkitan HIV dikecualikan.
7. Tumor Otak
BenignaTumor bukan kanser pada otak.
Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma
dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.
8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding
neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau
saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.
9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding
neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia
dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel
tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi
bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.
10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding
neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang
memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.Semua bentuk
Parkinsonisma lain dikecualikan
11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang
disebabkan oleh kemerosotan atau
hilang keupayaan intelek seperti yang
dibuktikan oleh keadaan klinikal
dan soal selidik piawai yang
diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi
Penyakit Aizheimer, dan gangguan
degeneratif organik tak berbalik yang
mengakibatkan penurunan mental dan
fungsi sosial yang ketara untuk
melakukan sendiri tiga daripada
aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.
Aktiviti kehidupan harian adalah:
a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan
untuk bergerak dari
satu bilik ke bilik yang bersebelahan
atau dari satu tempat ke
tempat lain di dalam bilik atau duduk
atau bangun dari katil
atau kerusi tanpa memerlukan bantuan
fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk
mengawal fungsi pundi kencing
dan usus secara terkawal untuk
menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan
semua bahagian p
akaian yang perlu tanpa memerlukan
bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari
tandas, duduk dan bangun
dari mangkuk tandas dan kebersihan
diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan
untuk memakan
makanan yang telah disediakan.Bagi
tujuan Manfaat ini
perkataan “kekal” bermaksud tidak ada
harapan untuk sembuh
dengan pengetahuan dan teknologi
perubatan semasa.Penyakit
neurosis dan psikotik dikecualikan.
12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding
neurologi bagi jangkitan
virus polio yang menyebabkan penyakit
lumpuh seperti yang
dibuktikan melalui gangguan fungsi
motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh
tidak layak untuk menerima
Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain
dikecualikan.
13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding
neurologi bagi Sklerosis
Berbilang dan disokong dengan bukti
klinikal bagi lebih daripada
satu defisit neurologi yang
ditentukan dengan jelas, dengan tanda
berterusan yang melibatkan saraf
optik, pangkal otak dan saraf
tunjang serta gangguan koordinasi dan
fungsi motor dan penderia,
yang berterusan selama
sekurang-kurangnya enam bulan.
14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding
neurologi bagi Sindrom
Apalik (nekrosis universal pangkal
otak masih baik). Keadaan ini
hendaklah didokumentasikan secara
perubatan sekurang-kurangnya
selama satu bulan.
15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh
penggunaan dua anggota
badan atau lebih. Bukti perubatan
yang diterima bagi mengesahkan
penyakit lumpuh itu hendaklah
diberikan.
16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa
tindak balas terhadap rangsangan
luar atau keperluan dalaman yang
berlaku secara berterusan, dengan
penggunaan sistem sokongan hayat bagi
tempoh selama sekurang-kurangnya
sembilan puluh enam (96) jam dan
mengakibatkan defisit neurologi kekal.
Bukti defisit neurologi kekal
hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.
17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding
perubatan bagi hilang keupayaan
diri yang menyebabkan ketakupayaan
kekal untuk melakukan
sekurang-kurangnya tiga (3) daripada
aktiviti kehidupan harian
berikut:Mandi, memakai pakaian,
makan, keupayaan duduk atau
bangun dari katil atau kerusi dan
mengawal fungsi usus atau pundi
kencing secara terkawal, sama ada
dengan atau tanpa menggunakan
kelengkapan mekanikal, peranti khas
atau alat bantu atau alat
penyesuai lain untuk orang hilang
upaya.Bagi tujuan Manfaat ini,
perkataan “kekal” bermaksud tidak
mempunyai harapan untuk
sembuh dengan pengetahuan dan
teknologi perubatan semasa.
18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan
menyeluruh pada kedua-dua
belah mata sama ada penglihatannya
sudah dibetulkan atau tidak
dibetulkan. Bukti perubatan yang
diterima bagi mengesahkan hilang
penglihatan hendaklah diberikan.
19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh
dan tak berbalik pada
kedua-dua belah telinga. Bukti
perubatan yang diterima bagi
mengesahkan hilang pendengaran
hendaklah diberikan.
20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara
menyeluruh dan tak berbalik
disebabkan oleh kerosakan fizikal
pada pita suara. Bukti perubatan
yang diterima bagi mengesahkan hilang
pertuturan hendaklah diberikan.
21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang
dicirikan melalui pertumbuhan d
an perebakan sel malignan yang tidak
terkawal dan invasi tisu. Istilah
kanser termasuklah leukemia (selain
leukemia limfositik kronik)
dan penyakit Hodgkin. Diagnosis
hendaklah disokong oleh bukti histologi
bagi malignansi. Semua kanser kulit
kecuali melanoma malignan,
semua tumor yang diterangkan secara
histologi sebagai pramalignan
atau hanya menunjukkan perubahan
malignan awal, kanser-in-situ,
penyakit Hodgkin peringkat I dan
kanser papilari pada pundi kencing
dikecualikan.
22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang
didiagnosis oleh pakar hematologi
sebagai aplastik yang mengakibatkan
anemia, neutropenia dan
trombositopenia yang memerlukan
rawatan dengan salah
satu yang berikut:a) Pemindahan
produk darahb) Agen perangsang
sumsumc) Agen imunosupresifd)
Pemindahan sumsum tulang
23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan
yang menyebabkan kerosakan
serebrum (seperti yang ditunjukkan
melalui teknik pengimbasan atau
pengimejan moden dan disahkan oleh
pakar perunding neurologi)
yang mengakibatkan gangguan fungsian
kekal dan keupayaan melakukan
sekurang-kurangnya tiga daripada
aktiviti kehidupan harian berikut
tanpa bantuan:Mandi, memakai pakaian,
makan, keupayaan duduk atau
bangun dari katil atau kerusi dan
mengawal fungsi usus atau pundi k
encing secara terkawal, sama ada
dengan atau tanpa menggunakan
kelengkapan mekanikal, peranti khas
atau alat bantu atau alat
penyesuai lain bagi orang hilang
upaya.Bagi tujuan Manfaat ini
perkataan “kekal” bermaksud tidak ada
harapan untuk sembuh
dengan pengetahuan dan teknologi
perubatan semasa.
24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi
sekurang-kurangnya
dua puluh peratus (20%)Permukaan
tubuh25. Pemindahan Organ
UtamaMenjalani pemindahan, sebagai
penerima jantung
(termasuk jantung mekanikal),
paru-paru, hati, pankreas atau
sumsum tulang.
26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah
pinggang disebabkan oleh walau
apa jua sebab, ditunjukkan sebagai
kegagalan tak berbalik kronik
bagi kedua-dua buah pinggang untuk
berfungsi, dan akibat daripada i
tu dialisis ginjal secara tetap
digunakan atau pemindahan buah pinggang
dijalankan.
27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat
akhir seperti yang dibuktikan
oleh semua yang berikut:
a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)EnsefalopatiPenyakit hati sekunder
yang disebabkan oleh alkohol
atau salah guna dadah dikecualikan.
28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang
dicirikan melalui nekrosis hati yang
teruk yang disebabkan oleh virus
Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik
berikut hendaklah dipenuhi:
a)Pengecilan saiz hati secara
mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan
keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya
rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot
secara
mendadak;
d)Demam kuning yang semakin teruk.Walau bagaimanapun,
diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan
secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan,
dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol
secara berlebihan.
29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot
jantung (miokerdium) akibat
daripada bekalan darah yang tidak
mencukupi dan yang dibuktikan oleh :
a)Sejarah sakit dada tipikal yang
berpanjangan;
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf
disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan paras enzim kardiak
(CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh
makmal sebagai tahap normal. Enzim
kardiak atau biomarkers yang
menunjukkan kenaikan signifikan
menunjukkan peristiwa terbaru
telah berlaku. Diagnosis berdasarkan
ujian Troponim T sahaja tidak
diambil kira sebagai diagnostik
serangan jantung. Diagnosis ischaemia
dengan cara lain yang tidak disokong
oleh kenaikan signifikan dalam
enzim kardiak atau biomarkers akan
terkecuali. Angina secara khusus
tidak termasuk.
30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau
memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau
keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh
pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur,
yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial,
valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak
ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan
termasuk
katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak
boleh
pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi
Persatuan
Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan
Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan
biasa.
32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak
semasa anestesia am apabila
kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak
dan Bur Hole akibat kemalangan
tidaklah termasuk.
33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang
menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak
kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus
yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti
berdasarkan perubahan yang
dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi
Perunding bertauliah.Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral
akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia
neurologikal boleh undur, sebarang
serangan iskemia vertebrobasilar,
tanda- tanda cerebral akibat
migraine, kecederaan cerebral akibat trauma
atau hypoxia dan penyakit vaskular
memberi kesan kepada mata atau
saraf optik atau fungsi
vestibular
34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal
penggunaan kedua- dua anggota
tangan atau kaki, atau satu anggota
tangan dan satu kaki, kerana lumpuh
akibat sakit atau kecederaan
berlanjutan selama sekurang-kurangnya
enam (6) bulan dari tarikh trauma
atau sakit.
35. Penyakit Paru-Paru
KronikKegagalan respiratori peringkat
akhir termasuk penyakit
paru- paru intersitial
kronik.Kriteria berikut mestilah dipatuhi:a)
Memerlukan terapi oksigen kekal
akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak
melebihi satu (1)liter.(“Forced
Expiratory Volume” semasa saat pertama
hembusan nafas secara paksaan);
danb)Analisis Gas Darah Arterial
dengan tekanan oksigen separa
sebanyak 55mmHg atau kurang; danc)
Dsypnoea semasa berehat.
36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan
oleh Pakar Neurologi Perunding
yang terdiridaripada kombinasi 3
daripada 4 keadaan yang berikut.